BREAKING NEWS

Pas sanggup buang ulamak demi DAP... - Tun Mahathir

Pas tidak mempunyai keberanian untuk keluar daripada pakatan pembangkang kerana parti itu terlalu bergantung kepada DAP.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis berkata, Pas cukup sayang kepada DAP sehingga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sanggup meraikan sambutan hari lahirnya bersama Pengerusi DAP, Karpal Singh.

"Pas takut kalah kalau keluar daripada pakatan pembangkang, jadi takkan hendak 'bercerai' dengan DAP.

"Bercerai dengan Nasharudin (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa) tidak apa tetapi bukan dengan Karpal," katanya dalam satu sidang akhbar semalam.

Beliau juga mengulas desakan Nasharudin supaya Pas meninggalkan pakatan pembangkang dan bergerak bersendirian bersandarkan kekuatannya jika mahu kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Tegas Nasharudin, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hal ehwal dalaman telah melunturkan kekuatan Pas.

6 ulasan :

  1. Perjuangkan Islam dgn bantuan kafir, boleh ke ?
    '...Apakah mrk mencari kekuatan di sisi org kafir itu ? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah swt.'-An Nisa' 139.
    'Wahai org org yg beriman, jgnlan kamu mengambil org org kafir menjadi wali (teman akrab / pelindung / penolong /pemimpin) dgn meninggalkan org org mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yg nyata bagi Allah swt (utk menyiksamu).-An Nisa' 144.

    Sibuk berpolitik Al Quran lupa baca !

    BalasPadam
  2. Semua ini berlaku oleh kerana perjuangan asal telah berubah. Yang mana rakan politik lebih utama dari perjuangan parti.

    BalasPadam
  3. Pas aku nmpak tak pernah pun pertikai MCA dan MIC sbg satu parti komponen. Even dulu masa Pas tak bersama Dap pun mereka tak jadikan point yg murah ni sbg isu politik yg besar. Itulah yg membezakan kematangan politik antara Umno dan Pas. Tapi umno yg dok bantai pakatan org lain, diri mereka sendiri mengharapkan MCA dan MIC.

    Asyik2 dok marah Dap tak mahu Hudud oleh Karpal yg dah nak karam, tapi MCA hina Hudud bagai nak rak diorang diam la pulak.

    Ni yg dinamakan tepuk air dlm dulang kena muka sndiri. Paku dulang paku serpih, mengata org dia yg lebih.

    Tumpul sungguh senjata yg cuba nak dijadikan sbg isu. Sedangkan diri sendiri defenseless dgn pelbagai isu rasuah, maksiat yg berleluasa di kalangan org Islam, Hudud yg diperlekehkan, kesengetan ekonomi dgn inflasi yg teruk hasil dari nonproduktif money berpusat di pasaran, harga kereta tempatan yg mahal, education yg mahal, keborosan Rosmah dan lain2...

    Isu yg mereka ada cumalah air air air, nasharudin nasharudin nasharudin...sebut 3 kali jadi bunyik mcm byk sikit isu hehehe..pada akulah tiada peliknya. Sedangkan bapa saudara Rasulullah sendiri pun gagal utk Rasulullah Islamkan, ini siapa? nasharudin?
    Oklah bab air..Yg kelakarnya bab air ni, mereka bantai org yg cuba nak beri kebajikan air kepada rakyat? kah kah kah tak lucu ke? Sepatutnya tolonglah bagi idea b/mana utk selesaikan supaya usaha kearah subsidi air ini terlaksana dgn lebih berjaya tapi sebaliknya menghentam. Asyik2 membela dan bersimpati kpd Syabas iaitu sebuah SYARIKAT yg pengerusinya tidur diatas timbunan duit. Ibarat kita nak tolong orang susah, tapi orang sebelah kita datang bantai kita dan mintak duit lagik pada orang yg susah tu...saje bagi contoh bodoh2 sikit agar dapat kita bukak mata pada satu view yg lebih luas. Open your mind n open your eye.

    Lagikpun bukanlah air tu mintak disubsidikan semua pun…tapi sebahagian je mcm di Selangor sekarang. Klu non-profit organization yg running tu insyaAllah lagi tinggilah subsidi yg boleh diberi. Tapi klu syarikat Swasta cam syabas, sampai kiamat takdelah jawabnye….yelah mana larat kerajaan nak bayar subsidi air dgn formula ni SUBSIDI = AIR + UNTUNG SYABAS .
    Negara kaya dgn pelbagai sumber cam Malaysia pun boleh dapat ranking rasuah 4 terburuk laporan oleh Transparency International 2012, bayangkanlah berapa billion hak bantuan rakyat yg hilang. Bayangkanlah berapa teruk inflasi.
    Oklah tambah sikit bab penggunaan nama Allah. Memanglah TG Nik Aziz tidak melarang. Tapi beliau ada berkata yg dia tetap akur dgn keputusan Majlis Syura sebelum perbincangan Majlis Syura lagi. Pendapat yg dia bagi ialah dgn niat kearah perkembangan Syiar Islam, namun view dia tu ada mudharat dari sudut lain. Sama la mcm konsep Ijtihad / Ijmak Ulama, ada pelbagai pendapat, tapi yg majoriti di ambil terima. Apa yg cacatnya? takdepun billion ringgit yg hilang, takdepun terjejas Islam, sbb ianya masih berkisar kepada pendapat yg even tiada dlm Nas. So semestinyalah bergantung kepada pendapat ulamak majoriti bukannya hanya pendapat PM atau timbalan PM. Yg kita concern ialah realiti yg dah berlaku dan keputusan yg telah dibuat mcm rasuah NFC, kapal selam, shopping 300K dlm satu butik dll....cewah cewah byk lak aku membebel...
    Sekian saje dari saya yg kebosanan...

    BalasPadam
  4. kepada anon 4:48 PTG,PAS x prnah mempertikaikan mca dan mic sbgai parti komponen?kamon lah beb,yg org PAS ckp berdosa bersekongkol dgn parti org kafir boleh pulak ye?yg PAS terang2 bersekongkol dgn DAP tu x haram?

    berkenaan UMNO bantai pakatan.nik aziz bantai umno hanya kerana membuat parti perikatan sama mca tetapi pas pula bersekongkol sama DAP...

    mengenai hukum hudud.adakah PAS akan membuat hukum hudud?apa pula tindakan pas apabila dap terang2 menghina hudud...apa pula tindakan pas apabila lim kit siang menggubal menggubal perlembagaan Malaysia iaitu untuk menjadikan Malaysia bukan sebuah negara Islam pada pada sidang parlimen 2005 sebelum membuat menubuhkan pakatan rakyat?saya thu 2005 dan 2008 jaraknya 3 tahun sahaja ttapi spatutnya pas perlu sedar ttg perkara ini

    mengenai education yg mahal,adakah anda maksudkan dgn pendidikan percuma?anda silap...anda patut bersukur krana kerajaan sudah tidak menaikan cukai seperti di di sesetengah negara...anwar sendiri x pernah laksanakan pendidikan percuma di slangor atas alasan tanggungjawab kerajaan biarpun selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion...

    hnye stakat tu je aq boleh jawab mentang2 intenet rumah aq slow...

    BalasPadam
  5. Anon 9 Februari 2013 12:18 PTG, Pas kutuk Umno bersetongkol dgn MCA memang aku tak pernah jumpa lagi.. serius bro. Klu ada statement diorang mintak tolong bagi link. Yg aku nmpak Pas marah Umno sbb biarkan MCA hina Hudud tu mmg ada. Tapi Pas marah atas KERJASAMA/PARTI PERIKATAN dgn MCA/MIC tu mmg tak pernah jumper lagi. Klu aku dah baca mungkin aku bru rasa puas hati.

    Siapa la lim kit siang nak tukaq perlembagaan ni...tukaq perlembagaan bukan cam tukaq kasut bro...lagikpun klu Dap nak buat pun, takkanlah orang2 Islam dlm Pas/PKR nak biarkan ianya terjadi… Apa benefit yg Pas dpt klu Dap tukar perlembagaan sesuka hati? Dah tentu terlingkupkan? Sama la cam Umno, berani ke Umno benarkan MCA dgn sewenang-wenangnya utk tukar perlembagaan?

    bro, education percuma memerlukan perbelanjaan +-6.5 billion setahun. Petronas shj able to produce 430++ billion revenue a year. Klu rasuah dapat dikurangkan tidak mustahil ianya boleh dilaksanakan...Nasib baik wa bukan org politik, klu gua dgn Petronas2 wa suruh kerajaan ambik alih kekehkeh….Come on la bro gaji PM baru 20,000+++ per month tapi berapa ramai org2 politik yg pangkatnye jauuuuhhh lebih rendah dari PM tapi billionaire?

    Tengok cam syabas, camana nak diberi subsidi air yg tinggi klu income rozali je ratusan ribu sebulan...pemegang2 saham pulak takkan nak tengok2 je ye dok? dah tentulah nak setiap tahun rege dan graf share diorang naik tak gitu? tu tak ckp lagi pasal tol tu. klu nak di listkan panjang bro...

    Gua sbg rakyat yg takde kepentingan ni semestinya nakkan benefit yg lebih baik...andai PR menang tapi mereka gagal deliver apa yg mereka sebut, dah tentu gua akan wariskan wasiat kpd tujuh keturunan wa jgn pangkah PR dlm election2 yg akan dtg itu aje. Diorang belum pun memerintah so camana nak judge ye tak bro?

    Tapi takpe bro, wa tak kisahpun lu nak sokong mana2. Biasa la tu view setiap org memang berbeza. Lu dan org2 Umno tetap saudara Islam gua bro. Cuma klu dpt skali skala tu tukaq2 sikit bahan bacaan la klu dapat...buletin rakyat ke, harakah ke atau keadilan ke mana2 pun buleh...bro bro bro dah cam nabil lak wa rasa hehehe...peace bro.

    BalasPadam
  6. Cuba perhatikan keakraban pok nik dan karpal...sampaikan si karpal salam tangan kiri pun dia tak sedar...ikhlas ke si karpal ni??....hahahaa

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online