JANDA MELAYU KEMARUK BELALAI NEPAL..

Posted by MPP On Khamis, 21 Februari 2013 2 comments

Seorang janda beranak tiga dicekup bersama pasangannya, warga Nepal yang dikenali sejak dua bulan lalu, setelah disyaki berkhalwat di sebuah rumah kedai, di Pandan Perdana, awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan kira-kira jam 1 pagi oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al- Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya bergegas ke lokasi membuat pemeriksaan sebaik menerima aduan mengenai kegiatan maksiat di bilik sewa rumah berkenaan.

"Setelah beberapa kali mengetuk bilik berkenaan, seorang wanita sekitar usia 38 tahun yang hanya berkemban dengan tuala membuka pintu.

"Wanita itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa, lalu memberi alasan tinggal bersama kakaknya, namun kami berjaya menemui seorang lelaki berpakaian lengkap berusia 30 tahun menyorok bawah tilam di premis sama,” katanya.

Menurutnya, wanita yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengawal keselamatan itu juga beralasan membenarkan lelaki baru dikenali itu tinggal bersama kerana simpati.

“Wanita itu memberi alasan kasihan dan membenarkan tinggal bersama di bilik sewa terbabit kerana sebelum ini teman lelakinya mendiami hostel yang sempit serta sesak.

"Pasangan itu kemudiannya dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk laporan tangkapan dan wanita terbabit diberi jaminan keluarga atau kenalan, bagaimanapun lelaki Nepal berkenaan dilepaskan kerana bukan Islam," katanya.

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

Bagus punya action... yg bukan Islam lepas....

Banyak makan belachan jadi macham tu la...

Kalau semua jantan kafir goda tipu chabol dsb semua wanita Islam maka pon kena lepas juga le....seronoknya orang kafir dan depa boleh kata memang seronok jadi orabg kafir...

Apa punya Melayu interpret Islam macham tu ...!

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya semua yang berkhalwat dengan orang islam mesti kena dakwa. Kalau tak nak kena hukum, buatlah maksiat sesama mereka saja.Jangan libatkan orang islam.

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online