BREAKING NEWS

Catriana Ross suruh Ebbi jangan Hina individu lain?

Pelakon Catriona Ross menasihati sesiapa sahaja termasuk artis yang bertudung agar tidak menghina individu lain kerana Allah boleh menarik semula hidayah itu sekelip mata.

Catriona atau nama sebenarnya Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 33, agak sedih kerana terdapat individu yang mendakwa sudah memperoleh hidayah tetapi masih merendah-rendahkan orang lain dengan kata-kata yang kurang manis.

“Saya sedih dengan sesetengah pihak yang sudah berubah tetapi cuba memperlekehkan orang lain yang tidak bertudung. Jangan buat macam itu! Setiap manusia ada fasanya dan Allah itu boleh tarik bila-bila masa sahaja hidayah yang diberi,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon ini diminta memberi pandangan mengenai artis-artis wanita sejak kebelakangan ini mengambil pendekatan menutup aurat.

Catt yang sudah bertudung sejak tiga tahun lalu berkata, setiap individu yang telah diberi petunjuk haruslah tidak berusaha untuk merenggangkan diri dengan rakan-rakan yang masih lagi belum berubah sebaliknya terus berkawan dengan mereka sebagai sahabat baik.

Malah orang atau artis yang bertudung seharusnya menjadi contoh kepada individu lain agar perubahan itu dapat diikuti oleh teman-teman mereka.

“Saya mengambil sikap berkawan dengan semua orang tidak kiralah mereka pakai tudung ataupun tidak. Saya percaya apabila Allah mengetuk pintu hati seseorang untuk berubah, dia akan berubah.

“Begitulah apabila orang yang sudah menutup aurat, tidak mustahil dia akan pakai skirt pendek semula jika tewas dengan ujian Allah,” tambahnya lagi.

3 ulasan :

  1. Sya setuju dan sokong 100%. Itu baru namanya org yg berubah dan telah menambah ilmu agamanya. Cara dia berckp pn boleh kita nilai sendiri, ade berlapik ilmu agama. Bkn kosong je. Tahniah. Lebih baik bersikap merendah diri.

    BalasPadam
  2. Sumpah lame aku xbaca entri pasal ostazah abby abdi.. dia xnk cari publisiti murahan dah ker..

    BalasPadam
  3. ostazah ebbi dh kecut...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online