Bagaimanapun, Diego yang dipenjarakan diatas kesalahan memukul seorang rakyat Indonesia, menafikan bahawa dia memeluk Islam untuk mencari simpati dan juga kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya Nikita.
“Saya telah lama hidup bersama lingkungan Muslim dan banyak membaca soal Islam. Jadi tidak ada hubungannya dengan kekasih saya,” ujar Diego ketika ditanya wartawan.
“Tidak ada hubungannya juga dengan kes yang saya hadapi sekarang ini. Saya merasa memang ini saat yang tepat untuk memilih Islam..” kata Diego lagi.
Diego yang memilih nama baru iaitu Diego Mohamad dikatakan memeluk Islam dibawah bimbingan Kapitra Ampera, yang merupakan seorang Pegawainya didalam penjara.
“Diego sudah masuk Islam dan sudah mengucapkan dua kalimat syahadat disaksikan Riandi Rusman Vidi Galenso serta Elza Syarief,” ujar Kapitra dihadapan media sewaktu hadir ke perbicaraan pemain bolasepak itu.
Kes Diego kini didalam proses rayuan dan pihak Hakim masih lagi belum membuat keputusan sama ada rayuan beliau diterima atau tidak.
Catat Ulasan