BREAKING NEWS

Azmil Mustafa tolak tawaran jadi Ustaz Umno.


Pelakon filem Ali Setan, Azmil Mustapha mendakwa pernah beberapa kali dipelawa menyertai parti politik oleh UMNO dan Pas semenjak penghijrahannya dari dunia seni ke bidang dakwah.

Beliau yang kini merupakan penceramah bebas bagaimanapun menolak tawaran tersebut secara baik kerana berpandangan bidang politik bukanlah kepakarannya.

"Ya, selepas penghijrahan saya beberapa tahun lalu saya mengakui memang telah dipelawa menyertai UMNO dan Pas. Namun begitu pelawaan tersebut saya terpaksa tolak kerana medan politik ini bukan bidang saya.

"Biarlah orang lain yang lebih arif dan berminat menyertainya," katanya pada satu sidang akhbar sempena pengenalan pakej umrah Eco Riths Umrah Travel and Tours bersama Azmil Mustapha di Hotel Grand Bluewave.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online