BREAKING NEWS

Anwar KANTOI menipu pasal pendidikan percuma..

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memberi alasan Selangor tidak melaksanakan pendidikan percuma kerana ia adalah tanggungjawab kerajaan pusat biarpun Selangor mencatat lebihan RM2.5 bilion tahun lepas.

Menurut Anwar, pendidikan percuma mampu dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kerana dakwanya, hasil kelapa sawit dan petroleum negara menghampiri RM150 bilion setahun. Bagaimanapun beliau sedia maklum kerajaan persekutuan mengalami defisit.

Anwar yang juga penasihat ekonomi Selangor berkata demikian dalam ucapannya "Pendidikan Percuma di Malaysia Suatu Realiti" di Konvensyen Antarabangsa Pendidikan anjuran Unisel dan kerajaan negeri di sini.

Kerajaan Selangor mempunyai dua universiti iaitu Universiti Selangor (Unisel) yang mempunyai kampus di sini dan Bestari Jaya manakala Kolej Universiti Islam Selangor di Bangi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina bahawa satu acara Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kulim pada 2 Februari lepas dicemari dengan tarian menjolok mata, beliau berkata, jika berlaku perkara yang kurang sopan, parti itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ditanya apakah bentuk tindakan yang bakal dikenakan, beliau berkata:" Tak tahu lagi apa tindakan, tapi kalau ronggeng sikit-sikit nak ambil tindakan apa bendanya?" - Bernama

1 ulasan :

  1. BAngkai punya peliwat gau tua ni. Cakap berbelit mengalahkan ular. Kecik-kecik tak nak mampos, dah besar menyusahkan orang.

    Tolak PR dlm PRU13 ni. Satu undi untuk PR adalah satu undi untuk PAS-pis-pus, DAPpigs, P'Gay'R dan satu undi untuk tuhan 'Allah Trinity' DAPpigs mereka tu. Jangan kita gadaikan masa depan anak-anak dan cucu kita dengan memangkah parti-parti yang berseko

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online