Pakatan Rakyat (PR) berharap untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti revolusi di negara-negara Arab semasa Himpunan Kebangkitan Rakyat di ibu negara Sabtu lalu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh itu berulang kali menuduh PKR-DAP-PAS cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan untuk dijatuhkan, sama seperti di Asia Barat dua tahun lalu.
“Mereka mahu jatuhkan kerajaan, sebab itu mereka adakan perhimpunan, tapi kerajaan ini bukanlah seperti kerajaan negara Arab.
“Kita bukan kerajaan diktator, kerajaan ini dipilih oleh rakyat,” katanya selepas sidang medianya di Cyberjaya, merujuk kepada PR yang mengadakan perhimpunan besar-besaran di Stadium Merdeka.
Himpunan itu dianjurkan oleh pemimpin PR dan kumpulan non-partisan seperti badan bukan kerajaan sebelum pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Perhimpunan ini digelar “perhimpunan 112” oleh sesetengah pihak, dan ada juga memanggilnya “Perhimpunan Shamsidar”, merujuk kepada isteri timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang dilaporkan menjadi saksi utama dalam kes saman terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ini bukan caranya untuk berdemonstrasi. Kamu mesti ada sebab yang kukuh untuk berdemonstrasi, tapi demonstrasi ini kerana Shamsidar.
“Apa juga kes di mahkamah, mereka mahu anjurkan demonstrasi,” kata Dr Mahathir.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan