BREAKING NEWS

Nasharuddin tak boleh perjuangkan Islam dalam Umno

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang digugurkan keanggotaan oleh Majlis Syura, 13 Januari lalu, perlu keluar Pas jika berhajat untuk menyertai parti lain, tegas Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

“Jika dia pilih parti lain untuk dianggotai, dia kena keluar Pas kerana dia tak boleh menyertai dua parti. Isunya kini beliau hanya digugurkan oleh Majlis Syura.

“Bagi saya tidak ada halangan Nasha untuk terus aktif dalam parti namun dia kena ikut peraturan yang ditetapkan, malah tahun depan masih ada pemilihan, dia boleh bertanding sebagai Timbalan Presiden jika mahu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahfodz berkata, Nasha sememangnya aktif dalam pertubuhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Al-Quds, dan itu hak beliau untuk meneruskan aktiviti dan cita-cita.

“Saya percaya tentunya sebagai manusia akan timbul perasaan kecil hati apabila Nik Aziz (Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat) bersuara bagi menentukan kedudukannya sebagai Ahli Parlimen Bachok.

“Tapi jika perkara itu membuatkan dirinya hendak keluar, itu hak dia. Sekiranya ia benar terjadi ia memang memberi kesan kepada Pas tetapi saya percaya ia bukan itu tempoh yang lama,” katanya.

Jelasnya, jika Nasha benar-benar ingin mendaulatkan Islam, hanya Pas sahaja parti yang memperjuangkan wadah Islam.

9 ulasan :

  1. "hanya Pas sahaja parti yang memperjuangkan wadah Islam"??? WTF!!

    BalasPadam
  2. ust nasha blh join ILMU dan ust jamil khir meratakan ke seluruh msia pendkn agama spt di johor, dan diperkaasakn lg. sy rasa mslh kejhln agama skrg sgt serius , hingga asas akidahpun rmai yg tak paham.

    BalasPadam
  3. Pas wadah Islam...cakap biar betul...
    Tengok dulu. Nama tuhan orang ISLAM iaitu ALLAH SWT ,presiden kau bolih main2kan... kau kata perjuangan Islam. Bible orang zalim nak guna nama Allah hampa masih main tarik tali lagi.
    Macam ni nak percaya kat hampa. Selesai konon.Apa pakatan iktiraf Majlis Syura hampa....bolih blah la....hampa dak kena kencing pun masih tersengih lagi...muka tak malu...bacul..

    BalasPadam
  4. Memang benar PAS adalah wadah tp bagi mngadai dn mprjudikn islam serta umatnya demi mngejar kuasa dn bknnya kesatuan ummah yg amat sgt dituntut oleh ALLAH berserta rasulnya nabi MUHAMMAD SAW.

    BalasPadam
  5. Wadah Islam kepala teko, padah Islam ada la. Dulu bolehlah dok pembohong orang kampung. La ni orang kampung pun dah cerdik daripada hangpa.

    Podah... cakap berbeli2 macam anak mamak Brahim.

    Apa punya Doktot, Doktot haiwan kut.

    BalasPadam
  6. DOKTOR KANGKUNG

    BalasPadam
  7. Tindakan Nasha diakhir2 ni lebih menonjolkan semangat ananiyyah yg membelakangkan mandat jemaah secara syura melalui muktamar/ mesyuarat... Gelojoh mempamirkan hasrat peribadi mendahului hasrat pengundi/umum bahkan siasah dakwah boleh memberi impak negatif kepada RAKYAT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebodohan ape yg ko cube sampaikan ni..oo menentang pggunaan kalimah Allah membelakangkan mandat ahli syura..satu rahmat Allah ust nasa dipecat drp parti n.ajis..

      Padam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online