BREAKING NEWS

Nasharuddin Mat Isa lawan Anwar di Permatang Pauh?

Mursyidul Am PAS merangkap wali utama dalam parti, Nik Aziz Nik Mat mengakui bahawa anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas timbalan presiden PAS itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di Kota Bharu, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama PAS pada 13 Jan lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.
Nasharuddin hari ini dilaporkan berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai penggugurannya daripada Majlis Syura sebaliknya hanya mengetahui berhubung perkara itu melalui media.

Laporan sebelum ini menyebut Majlis Syura menyingkirkan Nasharuddin kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat selain sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.


p/s: Gua setuju sangat kalau Nasharuddin lawan AnuWar di Permatang Pauh ni beb.. Confirm Bang Non lari tak cukup tanah nanti.. Hahahahaha...

10 ulasan :

  1. perghhhhhh......umngok

    BalasPadam
  2. Harun Din will be next

    BalasPadam
  3. kalau bekas timbalan presiden pun kene anaiya mcm tu...... apatah lg balaci pas yg duduk tepi jalan...fikir2kan.

    BalasPadam
  4. Balaci pas yg duk tepi jalan semuanya dh jadi parasit..x ada apa yg nj dihairankan..

    BalasPadam
  5. Nasha orang berpendirian teguh. Sanggup menghadapi apa saju demi untuk perjuangan dan agama. Orang begini mesti diketengahkan untuk memikul amanat rakyat. Syabas Nasha. teruskan perjuangan Allah akan besama orang yang jujur dan berpendirian.

    BalasPadam
  6. berharap nasa masuk umno

    suara rakyat

    BalasPadam
  7. Tak apa Ustaz Nasa, segala apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Yang penting tanggungjawab berjuang menegakkan hukum ALLAH SWT di alam bumi ini.

    Tanggungjawab yang makin dilupakan oleh PAS-piss-puss terutama sekali wali-wali terompah mereka seperti Ula'r'mak FAther Nik'u-Turn'Aziz, FAther Hadi"flip-Flop'Awang dan pencacai-pencacai Anwarista seperti, MatSAbun 121, Mahfooz Bean, Din Pudu dll.

    BalasPadam
  8. Kasi tendang itu bang non.

    BalasPadam
  9. hala tuju perjuangan nasha dibumi palestin lebih besar dari perjuangan paspispus... tak kemana kalo stay pon....

    BalasPadam
  10. Allah lbh berkuasa...Insyaallah..kerana Islam segala jasa ustaz Nasa ade balasannya..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online