BREAKING NEWS

HOT!! Aidil Zafuan tidur dengan awek member sendiri?


Saya tidak terkejut pun, kalau hal itu benar-benar berlaku," demikian ulas pelakon Rita Rudaini mengenai kontroversi terbaharu membabitkan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak yang dikatakan telah 'merampas' kekasih kepada pemain bolasepak skuad Harimau Muda, Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Rita sendiri membaca komen-komen membabitkan Aidil dalam laman twitter Nazmi, yang dihantar oleh peminat ke laman sosial peribadinya.


“Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya anggap sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya.

“Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan," beritahu Rita.


Beliau mengulas dakwaan pemain yang kini beraksi untuk kelab SC Beira-Mar di Portugal itu di dalam twitter hari ini yang mendakwa Aidil menjalinkan hubungan sulit dengan bekas kekasihnya yang dikenali Tengku Fiella.

Mohd. Nazmi mendakwa, Aidil pernah memberikan sejumlah wang kepada Tengku Fiella untuk dia berbelanja di Johor dan tinggal bersama pemain Johor Darul Takzim itu selama beberapa hari.

Bagaimanapun, Mohd. Nazmi kemudian memadamkan dakwaan itu daripada twitternya tidak lama kemudian

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online