BREAKING NEWS

Guru Agama ditangkap melakukan kelucahan melampau..

Di Kuala Terengganu, seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas dakwaan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang peserta lelaki perkhemahan pengakap di kem Telaga Batin, di sini, April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Mohd Shahrul Nizam Wan Abdullah, 30, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas dakwaan mengikut Seksyen 377e Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa pada 22 April lalu lebih kurang jam 11 pagi di Kem Telaga Batin, di sini, telah merangsang seks terhadap mangsa, murid tahun enam untuk melakukan satu perbuatan kelucahan melampau.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh, bapa kepada dua anak itu direkodkan, Majistret membenarkan dia diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes disebut semula.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.


p/s: Nama je Guru Agama.., tapi perangai macam orang tak beragama.. Puiii!!!

2 ulasan :

  1. inilah yang dinamakan ada ilmu tiada 'amal. dah terlalu ramai yang lahir diabad ini dan ramai sekali ialah yang menggadaikan agama demi kuasa dan menggadaikan agama demi nama. bagi mereka mereka yang sedar, buatlah yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah.

    انتارا_كيت

    BalasPadam
  2. guru agama tuh keja dye..nafsu tetap perangai manusia

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online