Blogger pro Umno, Dr Norvandri Hasan Basri atau dikenali juga Dr MiM hari ini memohon maaf secara terbuka kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ekoran dakwaan beliau kepada AJK PAS Pusat itu.
Permohonan maaf ekoran dakwaan Khalid adalah Bishop itu akan diletakkan dalam blog beliau novandri.blogspot.com dan Harakahdaily.net hari ini.
Dr Novandri juga bersetuju membayar sejumlah wang ganti rugi yang tidak disebutkan.Penyelesaian luar mahkamah ini dinyatakan di depan hakim mahkamah Pulau Pinang hari ini.
Dr Novandri melalui blognya, novandri.blohspot.com pada 15 Januari 2010 lalu menulis satu tulisan dalam blognya bertajuk 'Penjarakan Khalid Bishop Samad'.
(Gambar kiri,Khalid Samad bersama peguamnya, Hanipa Maidin bercakap kepada media di luar mahkamah selepas kes selesai)
Ekoran itu, Khalid melalui peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin menuntut supaya Novandri menarik balik tulisan dan gambar yang menunjukkan Khalid memakai tanjak Kristian dan salib dari blognya.
Setelah sekian lama berlalu, hari ini Novandri bersetuju untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah dengan memohon maaf secara terbuka kepada Khalid.
Hari ini keputusan persetujuan penyelesaian di luar mahkamah dimaklumkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Turut hadir adalah Khalid Samad bersama peguamnya, Mohamad Hanipa Maidin dan peguam yang mewakili Dr Novandri.Hrkh
p/s : Susah jadi blogger ni kann.. hmmmmm...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
poyo la khalid samad nie..hal mcm nie pn nk saman...yg bloger pro pr tu wat mcm2 tajuk n gelaran pada pemimpin umno bn xde pn pemimpin2 bn pg saman...biase la org politik takat kene mcm nie hal biase...khalid samad nie je yg lebih...
BalasPadamDER
BalasPadamaku musykil tul la, bila blogger otai yang macam nih berjuang tak dak ka lawyer yang sudi membantu?
Salah atau betoi sekurangnya ada yang sudi membantu.
Kekadang tuh aku tengok puak sana, baru kena pi balai bagi statement berduyun lawyer mai...
walaupun salah
iNILAH salah satu dalam seribu punca rakyat makin muak dengan ahli parlimen BN... bila blogger BN dihentam, lu kena jawab dan tanggung sendirian... tapi bila bab yang mengungtungkan ahli parlimen BN yang pertama nak tunjuk HERO....apa nak buat dah nasib badan.....
BalasPadamKalau dah difitnah, kene la defend...klu memfitnah plak sedia la disaman...bende simple je der...kesimpulanye jgn la menipu!!!
BalasPadamDr Novandri tue semangat juang dia tinggi... Syabasssss bro...
BalasPadambtol tu anon 10:46...tak baik menipu tau...lebih2 lg dgn wali2 pakatan yg blh menjelma pelbagai watak mcm Pak Khalid PasBerg tu...
BalasPadam