BREAKING NEWS

Sebulan 54 ribu hanya dengan mintak sedekah.. Wohaa!!!

Dengan bermodalkan sekeping salinan surat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), satu sindiket mengutip derma bergerak aktif sehingga mampu memperoleh pendapatan mencecah RM54,000 sebulan.

Itu yang dilakukan sindiket yang didalangi seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand yang menjadikan aktiviti meminta sedekah, kononnya untuk madrasah tahfiz anak-anak yatim, sebagai sumber pendapatan mereka.

Bagaimanapun, kegiatan mereka itu terbongkar, semalam apabila seorang lelaki warga Thailand ditahan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) ketika meminta sedekah di Pasar Tani Ampangan, di sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Husaini Mustafa berkata, dalam operasi kira-kira 10.30 pagi itu, pihaknya menahan lelaki tersebut yang dilihat sedang merayau-rayau meminta wang daripada orang ramai.

Menurutnya, lelaki memakai baju Melayu dan bersongkok, bercakap dalam bahasa Melayu berloghat Kelantan, berlagak seperti peminta sedekah itu kelihatan berlegar-legar sekitar pasar tani berkenaan untuk mengutip dana, kononnya untuk membina madrasah di negara mereka.

"Dia berlegar-legar sambil membawa surat kebenaran Jawi, tabung derma dan beberapa dokumen dipercayai palsu di kawasan tumpuan ramai.

“Hasil soal siasat, lelaki berkenaan mengaku disuruh melakukan kegiatan itu oleh seorang lelaki bergelar ustaz dari Thailand untuk mengutip derma, bukan saja di negeri ini, malah Kedah, Johor dan Shah Alam,” katanya.

Menurutnya, walaupun lelaki itu mempunyai surat kebenaran dikeluarkan Jawi, namun setelah disiasat, surat berkenaan sebenarnya surat kebenaran meminta derma oleh seorang wanita dikenali Ustazah Tasneem Omar selaku Pengerusi Yayasan Tarbiah Anak-anak Yatim di Narathiwat, Thailand.

“Bagaimanapun, surat itu disalahgunakan sindiket berkenaan apabila mereka membuat salinan dan mengagihkan kepada beberapa individu lain untuk mengutip derma di negara ini,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ahmad Husaini berkata, lelaki berusia 20-an itu turut mengakui dihantar seseorang dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda bersama lima yang lain dan mereka mampu meraih keuntungan sehingga mencecah RM54,000 sebulan hasil kutipan daripada aktiviti tersebut.

"Dalam beberapa jam sahaja, lelaki ini sebenarnya mampu mengumpul wang sehingga RM500 sehari, mengikut keadaan tempat yang disinggah," katanya.

Beliau berkata, lelaki berkenaan kemudian ditahan untuk membolehkan JHEAINS menyoal siasat dan mengambil tindakan undang-undang, termasuk diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.


p/s: Samalah "Tabung Kutipan Derma Anak2 Yatim Memali" yang di kendalikan Pas. Derma yang dikutip tak sampai-sampai. Pas makan harta anak-anak yatim tuuu...

2 ulasan :

  1. Tapi PAS lagi advance bro.. Tak payah surat JAWI, cukup dengan tin Milo jer.. hehehe

    BalasPadam
  2. BEGINILAH JADINYA BILA AGAMA TERUS DIPERALATKAN!!! DI AKHIRAT NANTI SIKSA SUNGGUH

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online