Belum tamat rupanya kisah hubungan keruh antara Najwa Latif & ayahnya yang pernah menjadi isu sekitar September 2011 yang lalu. Kali ini, si bapa sendiri tampil ke’hadapan.
Abdul Latif Ismail, 51 yang merupakan seorang jurulatih renang menghubungi Berita Harian untuk luahkan perasaan terhadap sikap Najwa Latif yang seakan
melupakan beliau.
“Cukup cukuplah menjadi anak derhaka! Yang saya inginkan ialah anak anak datang berjumpa saya serta memohon maaf sebelum saya menutup mata,” luah Abdul Latif.
Menurut laporan itu juga, Abdul Latif sebenarnya tidak kisah dengan keputusan Najwa Latif untuk bergelar penyanyi selagi tidak mengabaikan pelajaran sendiri.
“Mereka berkata kepada media, hubungan dengan saya keruh kerana masalah keluarga — saya berani mengesahkan ianya bukan masalah keluarga tetapi disiplin anak”
“Selepas bercerai dengan ibu Najwa pada 2008, hubungan saya dan anak anak baik. Kami sering keluar makan & ada kala menonton wayang bersama,” tambah beliau lagi.
“Hubungan kami mula dingin pada 2011 selepas saya menegur sikap mereka. Salahkah sebagai bapa saya menegur anak?” jelas Abdul Latif hari ini yang turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi.
“Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan apabila kembali ke tanah air mereka akan menunggu — luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka yang tunjuk muka”
Dalam masa sama, Najwa Latif yang di’hubungi untuk memberikan komen tentang isu ini mengambil pendirian untuk berdiam diri kerana ingin menjaga hati banyak pihak dek melibatkan isu keluarga. - Rotikaya.com
p/s: Gua harap Najwa janganlah ikut jejak langkah Assmin yang derhaka pada ibunya sendiri.. Tak baik nak oiiii....
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
mungkin najwa lupa yg dia tu ber binti kan siapa, mgkn dia pun lupa yg dia tetiba chup chup lahir, terus besar dan berjaya jadi penyanyi tanpa melalui proses persenyawaan antara 2 insan yg sah yg di panggil "ibu bapa", pembenihan dan pembesaran. Mgkn dia lupa andai bapa nya benci pada dia, dah lame bapa dia cekik2 dia masa kecik2 dulu. Apa pun Najwa, ibu bapa adalah harta yg paling bernilai di dunia ini, jgn sekali kali lupa@ benci pada mereka, kerana semua ini adalah KetentuanNya. Akhirkata "Tapislah air yg dah keruh supaya ia menjadi jernih kembali"
BalasPadamSyurga dibawah tapak kaki ibu, tapi doa seorang ayah akan terlebih dahulu dimakbulkan oleh Allah sebelum doa ibu...ingat lah wahai anak-anak.
BalasPadamsaje je...singgah baca :)
BalasPadamWeh..kita tak tahu perkara sebenar. Apa hal bapak dia sibuk bising di media?. Tak perlu pun. Ini hal anak beranak. Kita tahu ke why mereka bercerai. Puji najwa kerana tak beri komen.
BalasPadamSemoga Najwa dan bapanya berdamai. Sebaik-baiknya si bapa tak payahlah nak buat PC cerita pasal keburukan anak tu. bawa berdoa. Inikan hal keluarga. Kalau cerita buruk anak secara tak langsung menampilkan kegagalan bapa sebagai ketua keluarga dan pembimbing. Pemberita memang suka cari cerita yang boleh disensasikan.
BalasPadamGEMPAR!: Hari Jumaat akan jadi cuti hujung minggu seluruh negara Di Tendang Terajang
bapak pe camnih nk heboh kt media. utk apa? sbg bapak de telo pn xleh nk setel masalah dgn ank sndr? publisiti ke? najwa 2 bdk lg. ini masalah bapak dgn mak dia. duk diam2 r
BalasPadammungkin ada sebab disebaliknya ni..seorg ayah yg baik dan pnyayang tak kan di lupakan skali2 oleh si ank....masa kan si ank yg usia kecik brfikiran matang sdgkan ayah yg dewasa berfikiran remaja....
BalasPadampak..izinkan saya kahwin anak pak ya...huhuhuhuuu...nanti saya ajar dia baik2 hahahaha
BalasPadamkekadang penulis di media/pemberita melebih-lebihkan cerita .. jangan 100% percaya begitu saja. gunakan akal yang waras menimbang kewajaran kisah yang dipaparkan. Saya puji sikap Najwa yang bersikap tutup mulut .. tak kiralah apa alasannya .. tetapi itu cara paling baik. masalah keluarga kenapa nak di war-warkan ke serata dunia ? Yang nak mencemuh memang ramai .. yang nak membantu boleh di bilang dengan jari.
BalasPadam