BREAKING NEWS

Minyak wangi berdoa??? Apa kejadahnya semua ini??


Umat Islam di Malaysia ni dah tak reti nak berdoa ke beb sampaikan minyak wangi yang terpaksa berdoa?? Itu lah buat gua tengah pening sekarang ni...

Apa motifnya dorang jual minyak wangi yang siap didoakan, lepas tu suruh orang ramai percaya sapa yang pakai minyak tu akan berseri wajah?? Ni semua nak syirikkan orang Islam ke?

Gua tak kisah kalau dorang nak berbisnes beb.., tapi agak-agaklahh.. Kalau dah sampai agama pun nak dijualnya.., itu dah going too far...

Gua memang benci orang melayu mempergunakan agama untuk lariskan barang dorang macam ni.., tapi apa boleh buat.., ada jugak orang yang percaya dan beli.. Lemau sungguh!!!

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online