BREAKING NEWS

Mahathir dan Najib akan lari lepas PRU? Biar betul Husam oii...

Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir, sibuk untuk meninggalkan negara ini..Begitu, PAS penuh keyakinan, perpindahan kuasa yang akan berlaku dalam pilihan raya ke 13 nanti bakal berjalan dengan penuh keamanan.

Pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa membayangkan, pihak istana akan memanggil pimpinan Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan seawal jam 10 malam hari pilihan raya nanti.

"Ketika itu, Datuk Seri Najib dan Tun Dr Mahathir sibuk untuk meninggalkan negara kerana bimbang dengan kesalahan masa lalu mereka. "Manakala rakyat keseluruhannya menyambut perubahan kerajaan dengan gembira," kata Husam dalam satu majlis bersama jentera pilihan raya PAS di Kota Bharu baru-baru ini.

Senario ini disebut sekali lagi oleh Husam yang juga Pengarah 'Roadmap to Putrajaya' PAS ini kepada Harakahdaily.

Oleh kerana semua rakyat menyambut baik perpindahan kuasa ini, beliau yakin semua pihak yang mendokong negara termasuk angkatan tentera dan polis tidak akan bertembung dengan kehendak rakyat.

"Apabila rakyat membuat keputusan yang jelas memberikan mandat kepada Pakatan, saya yakin semua aparatus negara akan bersama rakyat kerana terlalu tinggi risiko yang diambil kalau mereka tidak bersama rakyat," kata Husam penuh keyakinan.

Maklumat terbaru yang beliau terima menunjukkan BN bakal mendapat hanya sekitar 80 dari 122 kerusi Parlimen sahaja dalam pilihan raya ke 13 nanti.

Beliau juga diberitahu, para pengundi Melayu juga sudah berubah termasuk di kawasan Felda seiring dengan kajian yang dibuat oleh sebuah badan di Selangor.

"Apabila ini berlaku, masalah yang bakal dihadapi oleh PAS dan parti-parti dalam Pakatan adalah menghadapi permohonan berbondong-bondong para wakil rakyat BN untuk menyertainya.

"Kita tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menapis mereka sedangkan kita perlu membuat keputusan segera," kata Husam yang merupakan antara pakar strategi PAS itu.

Sebelum ini, Husam yang mula-mula mencadangkan agar negeri-negeri Pakatan membuat pilihan raya berasingan dari kerajaan pusat jika tarikh yang dipilih BN tidak sesuai dengan Pakatan.

Akibatnya, Selangor bertegas tidak mahu mengadakan pilihan raya awal dan menghalang Najib dari menetapkan tarikh pilihan raya bersendirian.

Oleh itu, bagi Husam, apa yang berlaku sekarang mencapai sasaran kenyataan beliau hari itu iaitu BN perlu berunding dengan Pakatan dalam menetapkan tarikh pilihan raya atau menolaknya sehingga ke hujung waktu.

8 ulasan :

  1. husam ni dah gila publisiti..org x peduli dia, dia sibuk karang cerita karut..saja nak kasi nama dia naik balik..poyo macam artis je org tua ni..

    BalasPadam
  2. Sungguh tinggi angan-angannya....!

    BalasPadam
  3. Ini angan2 serupa mat jenin..

    BalasPadam
  4. Agak2 nya mcm 'Mimpi Di Waktu Lepas Asar' jugak Husam ni...kih..kih..terlebih makan Budu ker apa dia ni??nak lari buat apa??

    Yang di takutkan ialah..Pas dah tak de tiket nak ke syurga..Husam bawak lari ostazah Abby sama ..ntah ke mana..syurga tidak, padang mashsyar pun tidak..gentayangan di antara bumi dan langit...hiiii.

    BalasPadam
  5. org yg JAHIL dan PENGKIANAT yg merupakan dan akan kekal sebagai MINORITI sahaja yg akan undi pakatan HARAMJADAH.

    BalasPadam
  6. Tu la.byk sgt tgk movie dan cerita kartun.dia ingat kita ni x skolah agaknya nak percaya bulat2 apa dia ckp.sedih betol aku tgk dia ni

    BalasPadam
  7. Org pas yg sorang ni dah jadi ahli nujum ker.. Hebat tul PAS ni.. Boleh tgk masa depan rupanye..

    BalasPadam
  8. anak sedara mak long20 Disember 2012 9:56 PG

    eih anon 11:57...puak2 PAS bkn nye ahli nujum...diorang tu kan wali2 keramat sahabat nabi Nik Ajis...jgn kata tengok masa depan...diorang nih pon blh tengok siapa yg masuk syorga dan masuk nuraka....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online