Kadir Sheikh Fadzir berkata, tujuh daripada 10 rakyat kini mahukan perubahan.
Justeru, beliau menyifatkan perjuangan untuk melakukan perubahan pada PRU13 nanti merupakan satu jihad dengan menumbangkan kerajaan Umno BN.
Berucap pada Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Paka, dekat sini, beliau berkata ini kerana Umno kini dipimpin oleh ‘perompak dan penyamun’
“Mereka curi duit berbilion-bilion2, juta-juta tak main dah, kita perlu tumbangkan kerajaan Umno BN untuk pastikan negara selamat daripada perompak yang berlesen ini,” ujarnya.
Menyentuh mengenai Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, katanya mereka yang hadir hanya menangis dan menyanyi sehaja sedangkan inti pati perjuangan nasib Melayu sudah tidak ada.
Menurutnya, mereka hanya mengampu dan menangis tetapi tiada hala tuju perjuangan.
Ini, tambah beliau berbeza dengan para pejuang Umno pada zaman Datuk Onn Jaafar sehingga Tun Hussein Onn.
“Pemimpin Melayu Umno kini jadi penderhaka kepada bangsa Melayu sendiri. Umno untuk Umno sshaja, mereka tidak bela Bumiputera dan Melayu lagi,” katanya.
Justeru, ujarnya lebih setengah daripada bangsa Melayu dipinggir daripada menerima bantuan dan pembelaan.
“Lebih 50 tahun Umno khianati bangsa sendiri,” ujarnya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
lantak kaw la kalid kicap...yg pst aku xnk dan xhengen langsung perubahan dr pembangkang..
BalasPadamstakat ni aku berpuashati dgn kerajaan yg ada sekarang..dan aku xkn sesekali menggadaikn masa dpn ank² aku ditangan pembangkang..
aku sayang MALAYSIA
PAK KADOKK(KADIQQQQO)hang tanya nuar ada berapa bilion?
BalasPadamBerjuang nak selamatkan Malaysia konon,Bila kita dah haprak ditolak jadi pemimpin,mula belot,Ni lah bekas ahli UMNO bila prestasi x baik,direhatkan untuk jadi MP atau ADUN,mula le masok pembangkang.UMNO nak simpan lu pun x guna KODOIK,hang bukan bagus masa dlm UMNO dan kerajaan!ramai lagi bekas ADUN dan MP yang sama macam lu,bila terbuang baru nak BERJUANGGGG!
Nampaknya Parti pembangkang adalah bakul sapah,terima pemimpin yang terbuang,bukan pemimpin terbilang!
Betulllll..heeee mendidihnya hati aku...tak malu langsung..pru13 bn menang..tahu lah nasib dia nanti..
BalasPadamJenis2 ni kalau boleh smp mati nak pegang kuasa sbb tu boleh belot parti bila diminta berehat
BalasPadamNak perubahan ??
BalasPadamNampaknya terpaksalah pencenkan pak Kadir sebab kami nak muka baru !
tok kadiaq oiii...
BalasPadamtolong tanya diri sendiri apa hang buat masa pegang kulim bandaq baghu dulu??????
cukup cukup sudah la dengan perjuangan hang tu..