Gambar yang didedahkan oleh sebuah laman web Vietnam itu menunjukkan telefon itu mempunyai skrin sentuh besar yang sama seperti telefon Apple atau telefon Android.
Reka bentuk terbaru ini sekaligus membuang pad keyboard - yang menjadikan jenama ini popular di kalangan pengguna daripada ahli perniagaan.
Telefon ini juga mempunyai mini-HDMI dan port microUSB untuk sambungan terus paparan media pada skrin TV dan komputer.
Ia dijangka menggunakan sistem operasi yang dinaik taraf iaitu BlackBerry 10.
Penyelidikan Research In Motion (RIM) berharap pendekatan baru ini akan membuahkan hasil kepada jenama Blackberry yang semakin hilang penguasaan di dalam pasaran kepada Apple dan Samsung.
Bagaimanapun model terbaru ini juga mungkin sukar untuk menembusi pasaran, menurut pakar industri James Faucette daripada Pacific Crest Securities baru-baru ini dipetik berkata kepada pelabur bahawa dia menjangkakan model ini akan menghadapi kesukaran di dalam pasaran.
Beliau telah memberitahu para pelanggan: "Kami menjangkakan OS terbaru ini akan mendapat sambutan yang sederhana tetapi pada tahap yang terbaik."
Telefon bimbit yang diberikan nama kod BlackBerry London ini dijangka akan dilancarkan pada 30 Januari tahun hadapan.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
sumer nak touch screen,, aisshh,, orang yang tak suka touch screen ramai kot,,
BalasPadam