BREAKING NEWS

Artis popular janji akan kempen untuk UMNO di PRU13..

Presiden Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave berkata anggotanya akan turun padang berkempen pada pilihan raya nanti untuk membantu jentera Umno dan Barisan Nasional (BN) menghadapi tentangan pihak lawan.

"Saya mengajak semua artis berganding bahu memberi sokongan dengan turun padang menjayakan program yang diatur kerajaan seperti kerja-kerja kebajikan danpembangunan.

"Saya juga akan mengajak ahli-ahli bawah Yayasan Artis 1Malaysia ini membantu kerajaan," katanya kepada Bernama.

Anggota Umno Titiwangsa itu berkata sebagai artis, beliau yakin dan percaya Najib mampu melakukan transformasi yang lebih besar pada masa hadapan jika rakyat terus memberi peluang kepada BN untuk terus memerintah.

Sementara itu penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah menganggap Umno sebagai plafform bagi dirinya untuk melakukan transformasi daripada kehidupan yang tidak bermakna kepada perubahan hidup positif.

Jamal berkata beliau menyahut seruan kerajaan melalui amanat yang disampaikan Najib untuk melakukan lonjakan dalam diri bagi memberi contoh terbaik kepada masyarakat.

"Transformasi bukan sekadar pada pemerintah dan kepimpinan tetapi kepadadiri kita sendiri untuk menjadi lebih berintegriti dan berada di dalam keadaanikhlas," katanya.

Jamal berkata melalui perjuangan BN, beliau dapat memasyarakatkan dirinya sendiri dan akan terus menyokong parti itu demi kelangsungan hidupnya bagi mencari rezeki dalam bidang seni.

Pelakon dan pengacara Datuk A.C Mizal pula berkata beliau mengharapkan golongan artis diberi ruang yang lebih besar untuk bersama-sama menjayakan perhimpunan agung Umno yang akan datang.

"Tahun ini ramai artis yang datang tetapi tidak dapat memasuki dewan utama, saya agak kecewa sedikit sebab tidak berpeluang untuk mendengar ucapan Presiden Umno semalam secara bersemuka," katanya.

Beliau berkata masyarakat memerlukan pemimpin yang mempunyai peminat yang ramai dan golongan artis mempunyai kelebihan itu untuk mempengaruhi mereka menyokong pemimpin terbabit.

"Artis mampu menjadi mekanisme untuk menyebarkan ideologi yang ingin disampaikan oleh kerajaan," katanya.

Penyanyi Deja Moss pula berkata artis yang ingin menceburi bidang politik perlu memiliki niat yang betul dalammemperjuangkan nasib bangsa, agama dannegara.

"Artis yang mengganggotai parti politik boleh berjuang bersama-sama pemimpinkerana selain menghiburkan orang ramai mereka juga mampu bercakap danberbahas dengan baik,"katanya. - BERNAMA

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online