BREAKING NEWS

Pemimpin Pas disokong syaitan.. ~ Tun M


Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Pas sendiri mungkin disokong oleh syaitan.

"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Walaupun presiden PAS itu tidak menamakan parti tersebut, tetapi ramai percaya beliau merujuk kepada BN dan Umno, terutamanya selepas tulisan di blog Mahathir yang menyentuh mengenai perkara itu.

Dalam tulisan itu Ogos beliau, Mahathir telah mencadangkan adalah lebih baik bagi rakyat memilih syaitan yang mereka tahu, daripada malaikat yang rakyat mungkin tidak tahu.

Diminta mengulas syor supaya Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata presiden PAS itu bebas menjadi PM jika beliau dan mereka boleh menang.

"Beliau (Abdul Hadi) lebih layak daripada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kerana beliau tidak membawa beban sejarah. Tetapi beliau perlu menang dulu, "katanya.

Mengenai sama ada kemenangan Abdul Hadi akan mendapat sokongan orang Melayu, Dr Mahathir menyindir Karpal Singh, dengan mengatakan jika pengerusi DAP itu memakai turban, beliau juga akan berkelayakan sebagaimana Nik Aziz (Nik Mat, mursyidul am PAS).

"Sama serban pun ada, janggut pun ada, apa lagi yang kita mahu?" katanya berseloroh.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita di akhir Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Mangsa Perang anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana.


p/s: Korang rasa siapakah Syaitan yang dimaksudkan oleh Tun M? Gua rasa mesti Anwar Ibrahim... Hahahaha...

1 ulasan :

  1. Tun mmg kelakar, tp dlm kelakar ada sindiran sinis, tajam dan bernas. Aku mmg suka baca komen-komen dan interview Tun M. 'Syaitan' yg nak ganti Tun dulu pn pandai juga buat kelakar, tp cakap kosong dan retorik saja. Fakta? Zero. Kat sini la persimpangan utk plih sapa yg layak jd pemimpin ataupun tidak - hikmah. DS Najib pun bagus dlm tindakannya. Mmg layak jd PM.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online