Nik Aziz meminta PAS berhati-hati dengan cadangan pihak luar tentang siapakah bakal perdana menteri (PM) ketujuh jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan datang, kerana bimbang parti tersebut akan terjerat.
“Tun Dr Mahathir Mohamad bukanlah orang PR, dia orang Umno, bagaimanapun cadangan musuh kita boleh dengar tetapi tidak semudah-mudahnya boleh percaya.
“Kadang-kadang cadangan yang diberikan akan menjerat kita, kita juga yang akan teraniaya nanti,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Musryidul Am PAS itu berkata demikian mengulas pandangan Tun Mahathir yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih sesuai menjadi PM berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan tersebut Dr Mahathir memberitahu, Abdul Hadi lebih layak daripada Anwar disebabkan ahli parlimen Marang itu tidak ada sebarang bebanan sejarah.
Menurut menteri besar Kelantan itu, beliau menghormati pandangan tersebut bagaimanapun, penyelesaian terhadap perebutan jawatan PM itu boleh diselesaikan di peringkat PR sendiri.
“Isu ini akan diputuskan oleh PR, kita menerimanya sebagai pandangan. Kita dengar kalau yang baik diterima yang mahu menjerat kita buang,” katanya.
Semasa Muktamar PAS ke 58 baru-baru ini, wakil Dewan Ulama PAS, Hairun Nizam Mat Hussain berkata beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.
Malah, Dewan Ulama PAS dalam ucapan penggulungan oleh Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan PAS perlu memiliki kekuatan majoriti dalam PR untuk melantik Abdul Hadi menjadi PM.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
kalau pr menang tentulah hadi yang jadi pm. anwar tu tumpang sorak bolihlah. pkr hanya tumpang gah kerana pas saja.selaku parti dominan tentu leceh sangat jika hadi tak jadi pm.
BalasPadampas tak bolih tolak ansur hal ini. jangan jadi berkuasa tapi kena buli. yang lemah naik pangkat yang pandai gigit jari. apa orang2 pas lekeh ke. kan ramai bijakpandai. so jangan buat malu...
Perdana Menteri ialah Presiden UMNO/BN DS Mohd Najib. Pakatan mengwar-warkan calun mereka hanyalah untu keraih simpati.
BalasPadamMereka sedar mereka akan kalah teruk, sebab itu mereka menyediakan alasan terbaik sekiranya kalah esok UMNO/BN akan dipersalahkan. Tentulah ayat mereka kelak "jika UMNO/BN tak menipu, pakatan sudah ke Putra Jaya." Hakikatnya rakyat majoriti sudah jelas menolak pakatan..
Nik Aziz lebih sokong Anwar jd PM berbnding Presiden parti sendiri? Hrap Nik Aziz gi jd Mursyidul Am PKR lah.
BalasPadambiar lah Pok Nik Jadi PM . Kenapa ?tak boleh ke Nicky Ajis jadi PM ?. Aku sokong sangat sangat. sebab lepas 100 hari jadi PM .Malaysia akan Istihar Public Holiday sebab PM mati.....
BalasPadam