BREAKING NEWS

Mana ada rasuah.., ini semua salah BN.. ~ Azizan Razak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kerajaan negeri Kedah tidak akan melayan sebarang tuntutan, desakan atau komen parti komponan Barisan Nasional (BN) berhubung dakwaan penyelewengan kerajaan negeri.

"Saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dan tidak akan membela pegawai atau siapa sahaja yang terlibat dengan rasuah.

Saya tidak akan bersama-sama dengan orang tidak betul malah saya sedia disiasat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini, Rabu.

Antara isu dibangkitkan ialah penyelewengan wang projek perumahan kos rendah sebanyak RM2.55juta oleh Bahagian Perumahan Negeri dan pelaburan Kedah Corporation Berhad (KCB) dalam projek pembalakan dan perladangan di Papua New Guinea (PNG) mengakibatkan kerugian RM31.21 juta berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2011.

Sebaliknya, Azizan mendakwa kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, beliau enggan menjawab berhubung tindakan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membuat laporan kepada SPRM di Putrajaya semalam berhubung projek pembalakan dan perladangan di PNG oleh KCB. - BERNAMA


p/s: Baru perintah sepenggal, dah ada kes rasuah juta-juta.. Sejahtera sungguh Pas di Kedah noo.. Hahahaha...

2 ulasan :

  1. kita akan lihat sejauh mana benarnya kata2 MB kedah. beranikah dia atau bacul dalam menangani isu raswah di kedah. jangan sebut umno atau bn, sebab mereka yang terlibat semua orang MB kedah.tunding jari pada orang lain akhirnya akan kembali kepada MB kedah sendiri. biar mereka kena hukuman berat kerana pecah amanah baru rakyat respet. berdolak dalik itu pembohong...ingat itu.

    BalasPadam
  2. mcm nk gelak..setiap negeri yg diperintah pakatan..bila ada kes rasuah..mst jawapan smua sama jer..
    kerajaan negeri terpaksa menanggung beban hutang selepas mengambil alih Kedah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

    how suckk la pakatan ni..!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online