BREAKING NEWS

Kenapa Pierre Andre join Tabligh.., bukannya Pas??

Ucapan Pierre Andre saat menerima trofi Anugerah Yasmin Ahmad pada Anugerah Skrin 2012 menggegarkan banyak jiwa.

Bermacam persoalan dan andaian juga dibuat. Paling utama, kecenderungan anak sulung pelakon handalan Khatijah Tan itu terhadap ilmu agama terbuka jelas.

"Ya, benar sekarang saya sedang dalam penghijrahan untuk lebih mengenal agama dan Allah dan Rasul tetapi hijrah saya ini tidak akan berlaku secara drastik, saya takut fitnah," katanya membuka cerita tentang kehidupan baharu yang sedang dilaluinya ketika ini.

Jumaat lalu, Pierre membuka mulut di pentas yang disaksikan lebih empat juta penonton dengan kalimah 'Bismillah.'

"Anugerah paling hebat ialah kalimah 'Lailahaillallah,' jagalah kalimah ini dalam diri kita, love Allah dan love Muhammad," ucap Pierre dalam majlis itu.

Menghuraikan lagi mesej sebenar yang ingin disampaikannya, kata Pierre:
"Itu juga satu dakwah daripada saya. Saya memang minta doa kepada Allah agar jalan dakwah saya dibuka, dan Alhamdulillah saya diberikan kesempatan.

Selama 10 tahun dalam bidang seni, itulah kali pertama saya diberi anugerah dan itulah siaran langsung pertama yang saya dapat untuk menyuarakan sedikit dakwah saya," katanya sambil meneruskan dengan satu pengakuan.

Demi untuk tidak mengelirukan khalayak terhadap perubahan yang berlaku ke atas dirinya, Pierre mengakui bahawa sudah lima bulan dia bergerak aktif dengan dengan mengikuti kumpulan tabligh.

"Saya sudah jadi pengarah filem sejak umur 21 tahun. Selama ini saya fikir itulah matlamat hidup saya. Akhirnya saya dapati hidup saya 'kosong.' Saya rasa dibohongi oleh dunia dan saya mula mencari.


P/s : Nampaknya Pierre lebih  bijak dari Bob Lokman dan Hairie Othman... Hehehehe..

9 ulasan :

  1. P/s : Nampaknya Pierre lebih bijak dari Bob Lokman dan Hairie Othman... Hehehehe..

    haha.. ayat dia.. boleh menghangatkan org2

    BalasPadam
  2. pierre andre... i rela jadi wife u *pengsan*

    BalasPadam
  3. HIJRAH pierre dgn cara yg btul...bukan macm OSTAD dn OSTAJAH mee segera tu...Baru shari dua dftar dgn satu party politik yg ada word ISLAM dlm pertubuhanye..trus TERASA DIRI BAGUS..HABIS SEMUA USTAZ di SANGKAL nye seolah ilmu agamanye trlalu tingi...ada la oatajah dn ostad tu kan..adalah...

    BalasPadam
  4. yeke lg bijak dari Bob Lokman dan Hairie Othman? abis tu kalo time rakyat dizalimi nk suruh tabligh utk berjuang dpt balik hak yg dirampas? katakanlah negara diserang musuh nk suruh org tabligh jugak berperang dgn musuh? ke dah lama sorok kat dlm pondok? kenapa BN risau dgn adenye PAS? sbb BN tau jemaah tabligh ni tak lebih drpd sebuah rehab center dan langsung x menggugat kepentingan politik berbanding PAS. BN menyekat PAS drpd mendirikan hukum Islam dgn mcm2 akta kufur lg kapir, tp org2 BN wat xtau je. yelah kan, org2 BN kan sayang Yehudi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ckp takde ilmu langsung..ikut emosi...TAKUT LA PADA ALLAH....ALLAH TAK PERLU KAN KERAJJAN UNTK LAWAN TENTERA MUSUH..ALLAH PERLU KEIMANNA YG SEBENAR PADA ALLAH....

      Padam
  5. die byk gak join aktiviti pas sbenarnya..

    BalasPadam
  6. Inilah jalan agama dan petunjuk dari Allah s.w.t yg sebenar.jauh dri politik kotor.x kira prti mana,semuanya ada kepntingan dunia.

    BalasPadam
  7. Presal........masuk dlm dunia politik akan melahirkan persaan saling membenci sesma manusia masukkearah tabligh akan melahirkan persaan er


    isauan terhdap amal dan ,manusia

    BalasPadam
  8. Terima ksh allah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online