BREAKING NEWS

Isu murtad afalah kerja jahat Umno.. ~ Nurul Izzah

Serangan Umno melalui media kawalan mereka yang tergamak memanipulasi agama untuk mengapi-api rakyat adalah kerja jahat, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

“Beza kita dengan mereka, kita tidak guna agama dan kaum untuk serang sesiapa seperti yang mereka lakukan untuk serang saya.

“KEADILAN dan Pakatan datang dengan semangat Malaysia. Kita berjuang untuk semua bangsa” katanya di Bulatan Little India, Brickfields malam tadi.

Di sebalik hujan lebat sepanjang ceramah perdana Merdeka Rakyat bersempena sambutan Hari Deepavali dihadiri lebih 500 rakyat.

Ia turut diserikan dengan paluan gendang tradisional masyarakat india dan percikan bunga api.

Utusan Malaysia sebelum ini memutar belit kenyataan Nurul Izzah berkaitan fitnah akidah bagi meraih sokongan orang Melayu-Islam yang kian menyokong Pakatan.

Selain isu itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai menyatakan kekesalannya terhadap pembangunan di Brickfields yang tidak dirancang dengan baik.

“Perancangan pembangunan yang huru hara ini berpunca dari pemerintah yang angkuh dan sombong.

“Lihat apa yang berlaku kepada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields,” katanya.

Lot 18, tapak asal IPD Brickfields diberi kepada Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Senator Mariany Yit yang pernah memegang jawatan penting dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Kita sedaya upaya memperjuang IPD itu dari diroboh kroni Umno. Rakyat mahukan pemimpin yang ikhlas bukannya yang zalim,” kata Nurul Izzah.

9 ulasan :

  1. ye la kan...sume nye salah Umno gak....diorang tak tau ke bapak si Nurul tu kan pemimpin paling suci anugerah tuhan...tak kan le Nurul nak murtadkan orang Islam plak kan...??hehehehe....

    BalasPadam
  2. Banggang punya org. Masaalah utamanya kau da mncemarkan kesucian islam dn umatnya jd krn tu la org islam yg sygkn agamanya bgun mmbantah knyataan kau. Inilah bahananya apabila mletakkan politik mngatasi agama islam.

    BalasPadam
  3. ehhh kenapa si Nurul Izah ni sekolah yang ada Salib? masa tu kan bapak dia orang alim...orang Abim. Takkan anak dimasukkan ke sekolah itu. Dah tak ada sekolah lain ker?

    BalasPadam
  4. hahahaha anak puaka sama mcm bapak dia haha ! pru -13 nanti lingkup la pakatan haramjadah

    BalasPadam
  5. bodoh bodoh bodoh bebal bebal bebal
    ko la orgnye iza woiiii....
    ko ngn puak pakatan ko sama jer..
    xabes2 nk ckp fitnah umno...
    bangang tahap tertinggi kaw ni..

    BalasPadam
  6. Izzah222...otak letak kat lutut ka..fikir la klu mu ni islam...

    BalasPadam
  7. Nurul izah kau jaga lembah pantai tempat kau tu , yang kau kacau tempat orang buat apa !

    BalasPadam
  8. Adooooii.!!ko da terlepas ckp..ko salahkan Umno pulakkk..sengallll.!!

    BalasPadam
  9. Lain Kali jgn cakap bab agama kalu diri tu masih jahil. Tafsir ayat Quran ikut sedap mulut aje. Dah terdesak tuduh pulak media yg fitnah dia walhal semua terang terbentang apa yg dia cakap tu dlm video. Susah sangat ke nak ngaku salah dan minta maaf Dan bertaubat. Itu lebih mulia Dari tambah dosa cakap org fitnah dia. Sendiri mau ingat lah

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online