BREAKING NEWS

HOT!! Bung Mokthar diacukan "PISTOL" kerana bantah AES..


Terkejut gua semalam bila ada seorang member ni tunjukkan sekeping gambar Datuk Bung Mokhtar Radin yang sedang diacukan "pistol" di kepala beliau..

Member gua kata, kejadian tu berlaku mungkin kerana Bung Mokhtar membantah AES yang mahu dilaksanakan di seluruh negara..

Perghhh..., nasib baik gua sokong AES beb.. Kalau tak, gua tentu dah terima nasib macam Bung Mokhtar tu kann...

Apapun.., jom kita baca kenyataan Bung yang mencadangkan supaya sistem AES ditangguhkan dan dikaji semula keberkesanannya..

Kat bawah tu nanti korang akan tengok gambar bagaimana Bung Mokhtar yang sedang diacukan "pistol" di kepalanya.. Ngeri beb!!!

Walaupun pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) baik ianya tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang memandangkan pilihan raya umum (PRU) ke 13 akan dilaksanakan tidak lama lagi, kata Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Bung Moktar Radin.

Bung Moktar mencadangkan kerajaan menangguhkan AES oleh kerana Pakatan Rakyat (PR) akan mengeksploitasi isu ini untuk menjatuhkan kerajaan BN

“Pelaksanaan AES pada masa ini tidak sesuai kerana sudah hampir dengan pilihan raya.

“Oleh itu, saya syorkan AES ditangguhkan,” katanya dipetik dari Sinar Harian Online.

Bagaimanapun tambah Bung Moktar, AES masih diperlukan untuk mendisiplinkan para pemandu dan demi kepentingan semua pengguna.

“AES bagus digunakan untuk langkah mendisiplinkan pemandu yang menggunakan jalan raya,” kata Bung Mokhtar, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online