BREAKING NEWS

Artis yang percaya Najib adalahbtak normal.. ~ Ostad Bob

Bob Lokman atau nama sebenar, Muhammad Hakim Lokman berkata, pelancaran Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hanya untuk tarik sokongan golongan itu kepada BN.

Katanya, Umno terbukti semakin parah kerana sanggup menjanjikan habuan demi kepentingan politik.

“Ini janji tak ikhlas, kenapa baru sekarang nak bagi (perhatian) kepada artis. Adakah kerana tiada penyokong, baru nak
gunakan artis.

“Ini semua tindakan terdesak mereka. Selama ini siapa yang pandang artis, kami hanya digelar sebagai penghibur, tiada
kepentingan,” tempelaknya.

Najib melancarkan YA1M itu semalam sebagai langkah menarik sokongan golongan seni yang semakin peka dengan isu politik kepada BN.

Dalam ucapannya, beliau berjanji kepada golongan seni menyokong kerajaan akan mendapat bantuan lebih banyak kelak jika BN meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Najib turut mengumumkan sumbangan RM2 juta kepada YA1M pada tahun ini dan RM3 juta pada tahun depan di samping akan menimbang untuk menyediakan skim perlindungan insurans kepada golongan seni.

“Kalau dah buat macam-macam, takkan artis tak boleh fikir, mesti ada muslihat di sebalik janji-janjinya. Kalau mereka (artis) waras, mereka tak akan sokong perkara ini. Kalau tak boleh baca lagi (muslihat Najib), maknanya mereka tak normal.

“Tapi kalau mereka tidak bermaruah, orang itu pastinya mudah ditipu,” tegasnya ketika dihubungi.

Antara artis yang telah menyertai parti politik ialah penyanyi dan pelakon kontroversi Abby Abadi yang mengumumkan penyertaan ke dalam PAS.

9 ulasan :

  1. oklah macam tu takpayah tolong artis ni....nanti kalau dah tua, kena penyakit...mintak jer bantuan kat si bob. benda ni kerajaan buat pun bukan wajib kena masuk....sapa tak nak jangan masuk itu jer.....dari kat selangor ni janji macam2, satu pun tarak apa cer...ni ha anak aku dah sekolah rendah, bini tak keja....mana elaun? bole claim kat si bob ker?

    BalasPadam
  2. Patotla gajah pon nyampah dgn Ostat nieh..mulut mcm jubor gajah tgn berak....main hentam xmo pikiaq langsong...

    DSN br masok tahun ke4 jadi PM...mstla ada byk mende yg dia lom buat lagi....

    tuh yg dah 22 tahun mmrintah ada wat ape utk retis...WAT PATUNG SAIZ ULTRAMEN byk la....supply air MELO utk rakyat keseluruh pelosok neg itu yg trbaik..

    BalasPadam
  3. dia ni klu ckp je mulut bau longkang.

    BalasPadam
  4. Lepas masuk PAS, muka Bob Lokman makin hilang seri. Anak kecik aku tengok pun takuttt...

    BalasPadam
  5. nak duduk padang politik hari ini?
    tak payah cerita ikhlas tak ikhlas la kawan...

    kalau pusing 180 darjah pun saper pun tak heran..

    BalasPadam
  6. KENAPALAH SETELAH AKU MASUK PARTI HAMPEH NI(pas) BARULAH KERAJAAN UMUMKAN PERUNTUKAN UNTUK ARTIS.

    BalasPadam
  7. Bukankah kita tak boleh buruk sangka pada orang..kenapala pas ni suka mencari salah org lain..? Apa yg org iklas buat dpan mata pun masih nak menafikan dgn buat mcm2 tohmahan..atau bob ni rasa rugi sb x dpat kemudahan ni disebabkan dah berhijrah menjadi alim kononnya...

    BalasPadam
  8. dia org ni kita buat baik cam ner pun x boleh terima. cer gang belah non.. semuanya baik.. tiada paksaan dlm agama bang..

    BalasPadam
  9. Dia msk hamPAS tu pun pasai apa klu tak sebab politik....dah tentu bila dia msk hamPAS pasal dia nak cari keuntungan jgk ....... Klu dia masuk UMNO dah tentu tak laku punya jadi terpaksa la dia msk hamPAS...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online