BREAKING NEWS

Anwar tak ajar Nurul pasal ilmu agama.. ~ Dewan Ulamak Pas

Dewan Ulama Pas tidak berhasrat membawa isu kontroversi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar ke Muktamar Pas ke-58 ini.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka mempunyai perkara lain yang lebih utama daripada isu itu berbanding pemimpin sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR).

“Tidak, kami (Dewan Ulama) tidak akan bawa isu (Nurul Izzah) ke dalam muktamar. Banyak perkara lain yang ingin kami usulkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Diminta mengulas kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Lembah Pantai itu, Harun berkata, adalah lebih baik perkara itu dinilai sendiri oleh masyarakat.

“Kalau dia rasa bersalah, dia kena tarik balik kenyataannya itu. Tapi kalau dia rasa tidak bersalah, itu hak dia kalau dia tidak mahu tarik balik,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berpendapat Nurul Izzah kurang arif menggunakan ayat Surah Al-Baqarah ayat 256 itu.

“Mungkin ketika dia bercakap, dia kurang ilmu dalam perkara itu. Ayat itu hanya terpakai kepada orang bukan Islam, bukan untuk orang Islam,” katanya.

4 ulasan :

  1. mmg sial la PAS nih ! puiiiiiii

    BalasPadam
  2. Ucaptama Dewan Ulama sebaliknya akan bertajuk " Ulama Haraki Benteng Izzah Islam"...
    nak idop beb....

    BalasPadam
  3. Satu keluarga mkn duit org kafir jadi kena lah ikut ckp org kafir kalau tidak tak berasap lah dapur tu...oooi

    BalasPadam
  4. kalau mcm itu gak, ikut suka umnolah nak jalankan islam ikut perlembagaan sbb islam umno islam juga wpun x nyatakan dlm perlembagaan umno nak tegakkan hudud cuma nak islamkan undang2 negara termasuk jenayah sahaja sbb penggubal2 dasar umno belum arif, kalau pandai sgt puak2 pas tolonglah ajar

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online