Tindakan Anwar Ibrahim yang mahu menjemput kerajaan Australia sebagai pemerhati pada pilihan raya umum negara akan datang dilihat sebagai perbuatan terdesak.
Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyidin berkata, ini kerana Anwar khuatir beliau dan pakatan pembangkang akan kalah serta gagal membentuk kerajaan pada masa depan.
Katanya, Anwar juga terdesak berikutan situasi semasa menunjukkan rakyat kini bersama Barisan Nasional (BN) kerana menyedari hanya parti itu mendukung sistem demokrasi melalui pentadbiran negara sejak 55 tahun lalu.
"Kita sudah tubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pilihan raya kerana pihak berkenaan tuntut kita buat kajian proses Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan dibentangkan di Parlimen dengan mengambil semua pandangan. Jadi proses kita sudah baik, akan datang pun tentu kekal sebegitu.
"Tapi Anwar dalam benak kepala dia, dia nak kalah jadi dia nak tengok ada pihak lain kata kamu tak kalah tapi kamu menang, tetapi ini pilihan raya, sistem demokrasi kita dan dia harus hormati. Kalau kalah terima kekalahan, jangan salahkan kerajaan atau SPR," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama mahasiswa selepas majlis penutupan Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012, di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, tindakan Anwar menjemput kerajaan Australia sebagai pemerhati dengan mendakwa terdapat kepincangan dalam sistem pilihan raya negara juga aneh kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sentiasa menang sewaktu berada dalam kerajaan BN.
"Beliau juga menang dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh tetapi semasa itu tidak pula mengatakan ada kepincangan dalam sistem pilihan raya atau pengundi silap pilih dia dan sebagainya," katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
DUBUR + DAJAL = ANU JUBO
BalasPadam