BREAKING NEWS

Umno akan hilang Parlimen Kepala Batas kerana Pak Lah?

Gua setuju dengan pandangan Kongres Melayu P.Pinang baru-baru ni beb... Pak Lah MUNGKIN akan menyebabkan Umno hilang satu kerusi di Penang pada pilihanraya umum akan datang..

Hari tu Pak Lah kata nak bersara dari jadi Ahli Parlimen di Kepala Batas.., tapi sampai sekarang gua tak tak tahu hujung pangkal pasal kesahihan berita tu..

Diperingkat bawah pulak, dah mula ada suara-suara 'ghaib' yang berebut nak tonjolkan 'bos' dorang untuk bertanding di kerusi tu..

Bagi gua.., siapa pun yang akan bertanding di Kepala Batas nanti, kredibiliti calon akan memainkan peranan penting untuk tentukan kedudukan Umno di kerusi Parlimen Kepala Batas..

Setakat ni, gua dimaklumkan ada 6 nama dalam Umno yang berebut nakkan kerusi Parlimen tu kalau Pak Lah tak mau bertanding.. Dan diantara 6 nama tu, gua nampak ada sorang je anak tempatan yang pegang jawatan ADUN sekarang berharapan untuk menang..

Yang lain tu mintak maap lah ye.., peluang tipis je yang ada untuk jadi ahli Parlimen kalau korang bertanding.. So jangan lah perasan sangat ye...

Apapun.., itu pandangan peribadi gua je beb.., tak tahulah apa yang ada dalam fikiran Najib..

Tapi gua yakin.., kalau silap pilih calon, tak mustahil satu lagi kerusi Umno di Penang akan terlepas pada Pakatan di PRU13 nanti..


Barisan Nasional (BN) mungkin kehilangan kerusi Parlimen Kepala Batas pada pilihan raya umum akan datang jika penyandangnya sekarang, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga mantan perdana menteri Malaysia, memutuskan akan bersara daripada politik, menurut Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP).

Satu laporan laman berita Free Malaysia Today (FMT) semalam memetik presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Encik Rahmad Isahak, sebagai berkata dengan kehilangan sebuah kerusi parlimen dan kemungkinan dua lagi kerusi dewan undangan negeri (DUN), adalah sukar bagi BN merampas semula Pulau Pinang.

Beliau berkata di kalangan orang politik percaya bahawa Tun Abdullah, yang lebih mesra dipanggil 'Pak Lah', akan bersara sebaik sahaja parlimen sekarang dibubarkan.

Ini berikutan peletakan jawatan beliau sebagai perdana menteri pada 2009.

Tun Abdullah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (AP) Kepala Batas sejak 1978, dan beliau dianggap antara ahli politik paling kanan di Pulau Pinang dan Malaysia.

Selepas pengunduran Pak Lah, Umno Pulau Pinang belum mempunyai pemimpin berkaliber untuk mengisi jawatan yang dikosongkannya itu, dakwa Encik Rahmad.

"Persaraan beliau mungkin menyebabkan Umno kehilangan kerusi parlimen Kepala Batas dan mungkin dua lagi kerusi kepada PAS (Parti Islam SeMalaysia)," kata beliau.

Terdapat sedikit pertikaian di kalangan anggota yang taat kepada Umno setempat untuk bertanding bagi mengisi kerusi Pak Lah, kerana ia memang sudah menjadi budaya dalam parti itu, tambahnya.

Ini akan menyebabkan BN-Umno kehilangan kerusi dalam pilihan raya umum akan datang, yang dijadualkan diadakan pada sebarang masa dari sekarang hingga Mei tahun depan, jelas Encik Rahmad.

Sehingga kini, Umno masih belum mendedahkan status Pak Lah di Kepala Batas.

3 ulasan :

  1. woohoooo PakLah kalau bertanding lagi rebah ler..jangan buat pasal wooooo

    BalasPadam
  2. Banyak je mulut2 ni..x kesa la sape pun yg ganti...yg penting kepala batas ttp umno yg pegang

    BalasPadam
  3. Apa salahnya kalau paklah bertanding lg?!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online