BREAKING NEWS

Pas ditawar 3 kerusi Menteri jika bersatu dengan UMNO..

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mempersoalkan tentang keikhlasan Nasharuddin dalam memperjuangkan agenda Hudud seperti yang dilakukan kebelakangan ini.

“Dulu masa nak yakinkan PAS menyertai Umno tubuhkan kerajaan perpaduan, Ustaz Nasa (Nasharuddin) beritahu PAS, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) nak beri tiga kerusi menteri jika PAS bersetuju bersama Umno.

“Saya nak tanya dia, masa Pak Lah tawar tiga kerusi menteri tu, ada tak beliau dibincangkan sekali tentang pelaksanaan hukum Hudud?” kata beliau kepada Malaysian Insider.

Manakala, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz pula menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok, sikap itu seperti 'lidah panjang',” kata beliau

2 ulasan :

  1. Nak buat kerajaan dengan DAP nanti ada tak datuk hussam bincang pasal hudud? Munafik betul mcm la dap laknatullah tu nak bg pas buat hudud..sebut hudud pun kena marah...cakap mcm gampang..sudahla pas lupakanlah angan2 korang tu..mcm la rakyat ni bodoh...buktikan kau mampu yakinkan karpal kit siang gobind guan eng cehen man hing yg korang nak laksannkan hudud...tu pun klu ko ada telur wahai hussam...

    BalasPadam
  2. AJIS PULA LIDAH BERCABANG MACAM BIAWAK

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online