BREAKING NEWS

Najib mesti letak jawatan kalau nak selamat!! - Anwar Berahim

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berundur secara baik demi keselamatan diri dan negara ekoran pencapaian yang mengecewakan sepanjang tempoh pentadbiran beliau.

Bercakap di hadapan hampir 6,000 hadirin di tempat letak kereta Sutera Mall, Skudai dekat sini, Anwar menjelaskan, Najib hanya pandai memperlekeh kebolehan pentadbiran PR di Selangor dan Pulau Pinang sedangkan hutang negara telah mencapai RM 500 billion.

“Najib kata kita ‘tidak pandai’ mengurus. (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan (Menteri Besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim perintah, kita ada lebihan kewangan.

“‘Pandai’ Najib urus negara, hutang negara sudah sampai RM500 billion,” katanya sinis pada ceramah perdana siri Jelajah Merdeka Rakyat Johor semalam.

Menurut Ketua Umum PKR itu, beliau menjangkakan Pilihan Raya Umum ke-13 akan berlangsung dalam masa terdekat.

Hadir sama dalam jelajah ini Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi PKR Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin dan wakil kepimpinan Pakatan Rakyat Johor.

Tegasnya, sekarang merupakan masa terbaik untuk rakyat Malaysia terutamanya di negeri Johor untuk menolak sentimen perkauman Umno-BN dan bangkit membuat perubahan.

“Kepada rakyat, ini bukan soal pimpinan. Ini hasrat rakyat. Sudah cukup sudah rasuah dan fitnah.

“Saya beritahu orang Melayu di sini, yang hilang kuasa bukan Melayu tetapi pemimpin Umno yang rasuah.

“Ini perubahan terpenting kerana berhadapan Melayu yang lebih yakin,” laung Anwar.

7 ulasan :

  1. sy tidak akn sesekali gadaikan atau pertaruhkn masa dpn ank cucu sy ditgn pembangkang.
    moral anwar pn jd pertikaian..bgaimana nk tadbir negara..?

    BalasPadam
  2. Aku rakyat, juga johorean. tak mungkin tukar kerajaan.

    BalasPadam
  3. kelemahan anuar yang aku nampak ;-
    1)pernah jadi menteri keewangan tapi nak bohong rakyat dengan cerita hutang negara.projek besar belanja bilion RM untuk faedah negara tak di bayar cash. kena berhutang saperti 7 negara maju juga. kalau tak buat negara kita tak kan berubah corak ekonomi sampai bila-bila.walau pun hutang tapi pulangan dari projek dapat bayar balik.
    2)cukup arif main catur politik.yang betul pun dia bolih buat jadi salah.andai dia pukul orang dia bolih kata orang dia pukul itu bersalah.atas dunia dia cukup pintar main fakta.
    3)peribadi . aku kata cukup teruk. patut bertaubat nasuha pada umur dia sebelum maut menjemput.
    4)matalamat dia mau mencapai awan.catur politik dia selamatkan diri dan terus keatas dan orang lain 'lu punya pasal'. soal negara serah pada orang harapan . mau lingkup, mau bangkrup ke 'aku tak tahu'.
    5) cuvanis suka dia . senang nak rampas dan tekan peribumi sampai jadi plastine di south east asia.masa tu harimau...sory silap.. singa yang perintah m'sia.
    6) macam p ramli kata 'oh dunia !..ana yang punya' that is his goal.

    BalasPadam
  4. 1. Aku anti DAP. 2. Aku anti ANWAR IBRAHIM. Tidak akan sesekali menyokong mereka dan yang sewaktu dengannya.... Mereka pembawa MUDARAT besar kepada Islam, Bangsa dan Negara.

    BalasPadam
  5. SORILAH NAK BAGI UNDI KAT PR LAGI..CUKUPLAH UNDI PROTES KAMI TERHADAP BN PADA PRU12 LALU..

    BalasPadam
  6. najib kena mengundurkan diri secara baik demi keselamatan diri dan keselamatan negara...

    apa maksud pak nuar dgn keselamatan diri dan negara...
    dia dan geng nak buat rampasan kuasa ker...
    ker dia nak serang najib...yelah dah dia kata demi keselamatan diri...

    dari ayat dia mcm2 maksud bleh kita fhm...
    kalau dah tali barut barat,inilah species boneka yahudi....

    BalasPadam
  7. laa... mmg best la si nuar ni.. mmg insan terpileh bak kata bini dia.. walaupun tidak mentadbir kerajaan pusat, dia boleh tahu kerajaan berhutang RM500 billion... mmg insan terpileh sahaja yg mampu menipu tidak kira tempat.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online