Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.
Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.
Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.
"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.
"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.
Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman, pimpinan parti-parti komponen dan lebih 50,0000 rakyat yang memenuhi Kompleks Sukan Kudat.
Menurut Najib, Sabah amat unik dan mencerminkan gagasan 1Malaysia kerana walaupun mempunyai berpuluh jenis etnik, mereka masih mampu hidup dengan aman dan harmoni.
"Atas semangat 1Malaysia itulah, kita berjanji akan mengangkat Sabah menjadi lebih maju lagi. Jika sokong BN, Sabah akan terus membangun, ini janji kita dan ia akan ditepati," katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan