BREAKING NEWS

Mat Sabu tak mengaku kena pukul di Penang..

Dulu masa jatuh motor di perhimpunan Bersih 2.0, Mat Sabu kata dia kena langgar Pajero.. Lepas tu, Mat Sabu jaja seluruh negara kononnya dilanggar dengan Waja Polis pulak..

Sekarang ni dia tak mengaku kena belasah di Penang.. Agak-agak.., korang percaya ke tak cakap Mat Sabu tu..? Biasalahhhh..., sapa tak kenal perangai pemuja komunis tu beb...

Laporan dari HaprakahDaily menyatakan.., Pegawai peribadi Mohd Sabu, menafikan laporan beberapa blog Umno kononnya Mohamad Sabu dipukul di P.Pinang.

Mohd Noor Ismail ketika dihubungi menyifatkan ianya satu usaha menjatuhkan imej Mat Sabu sebagai seorang yang dikenali ramai tambahan lagi peranannya dalam PAS ketika ini.

"Memang benar ketika asyik menjamu selera di kedai nasi kandar semalam ada berlaku perselisihan faham antara dua peniaga (seorang lelaki dan perempuan) dengan empat orang penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang dikatakan baru sahaja selesai menjalankan tugas melarang peniaga di sepanjang jalan Padang Kota"..

"Bila berlaku pertengkaran sehingga meja di tendang, mereka bertiga iaitu Saudara Razak dan Ustaz Mod serta Mohamad Sabu cuba mendamaikan keadaan manakala rakan lain terus makan"..

"Saya lihat penguatkuasa MPPP, dua beruniform dan dua lagi berpakaian biasa langsung tidak bertindak apa-apa sebaliknya mereka hanya mempertahankan bahawa mereka hanya menjalankan tugasan serta mengatakan memang di kawasan berkenaan di larang berniaga sama sekali sejak dulu lagi bukanya peraturan baru.

"Namun peniaga berkenaan terus sahaja tendang meja sehingga habis pingan dan cawan bertaburan, " ujarnya.

Setelah suasana agak tenang peniaga terbabit katanya, menghala pula ke arah Haji Mohamad seakan mahu menyerang tetapi yang sebaliknya berlaku apabila salah seorang peniaga (perempuan) mengenali Haji Mohamad dan memintanya supaya menyuarakan permintaan peniaga kepada Ketua Menteri supaya membenarkan mereka menjalankan aktiviti penjualan di situ untuk selama-lamanya.

Jelas Mohd Noor, mereka mendakwa, sikap yang diambil oleh MPPP dan Kerajaan Pakatan Rakyat menganak tirikan peniaga Melayu yang mencari rezeki di situ.

Selepas sahaja mendengar pandangan Haji Mohamad mereka pun bersurai.

1 ulasan :

  1. takkan nak mengaku, kejadian berlaku di penang. Yg terlibat tu, MPPP pulak. Yg kena naya, Melayu pulak.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online