Apa nak jadi ni beb..? Memang tak patut sungguh pompuan ni bila menjadikan rumahnya tempat bercengkerama dengan jantan ketika ibubapanya pergi ke Mekah menunaikan Haji..
Mak bapak dia punyalah tekun melaksanakan ibadat di Tanah Suci, tapi anak pulak "tekun" membiarkan dirinya 'dikerjakan' oleh jantan dirumah sendiri..
Difahamkan, perbuatan pompuan berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia 20-an itu.
Bertindak atas maklumat tersebut, penduduk setempat diketuai Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui pasangan berkenaan di kawasan rumah berkenaan jam 8.30 malam.
Muhammad Taufik berkata, beliau dimaklumkan perkara itu apabila dihubungi seseorang ketika berada di masjid, jam 7.15 malam.
“Individu itu memberitahu yang seorang lelaki dilihat memasuki rumah wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan, selain turut menutup pintu pagar.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Catat Ulasan