BREAKING NEWS

Jangan pilih Najib.., negara akan bankrap.. ~ Nurul Izzah

Malaysia menuju ke arah bankrap jika negara ini terus ditadbir di bawah Umno Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Beliau berkata, sistem ekonomi acuan Najibnomics menyerlahkan kepincangan negara menuju bankrap apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) ditangguh walaupun Bajet BN 2013 dibentang hampir dua minggu lalu.

“Bayangkan sejak Najib ambil alih, kalau dulu diberikan laporan audit kepada Ahli-ahli Parlimen sebelum bajet, kemudian ditunda sedikit, seminggu, sekarang dah dua minggu tak nampak pun bayang-bayang Laporan Audit 2012,” katanya di depan 100 hadirin pada forum ‘Diskusi Buku dan Belanjawan: Bajet 2013 Mengakhiri Era Politik Lama Negara’ di Yayasan Selangor, malam tadi.

Izzah berkata, pelaksanaan Najibnomics bukan sahaja tinggal sejarah, malah kajiannya juga tidak munasabah.

“Di Harvard Bussiness School di Boston pada 2009, telah memperkenalkan satu kes studi ‘Inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani krisis kewangan’ dan kes studi menjadi kokurikulum pengajian mikro modul ekonomi.

“Jadi dipanggil kursus Najibnomics, dan yang mengejutkan bukan sekadar mengambil pelaksanaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tapi sebelum jadi Perdana Menteri pun sudah dimasukkan dalam modul tersebut iaitu kejayaan Malaysia untuk memperbaiki sistem insuran dan perbankan selepas krisis kewangan 1998.

“Seingat saya, 1998 Najib belum jadi Perdana Menteri, tapi dimasukkan juga dalam kokurikulum ini. Termasuklah isu liabiliti ekonomi,” ujar Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Katanya, walaupun pelbagai usaha Najib bagi membuktikan kecemerlangan ekonomi di bawah pentadbirannya hingga ke peringkat dunia, beliau tetap gagal.

“Perbezaan BN dengan kita (Pakatan Rakyat) tidak mahu yang superficial (pemikiran cetek) itu diberi cop seperti apa yang berlaku apabila Najibnomics diperkenalkan sekitar 2009.

“Kita jangka bila merujuk Najibnomics ini akan memudahkan, rupa-rupanya ia melangkaui lebih daripada apa yang Najib buat sampai bebanan (hutang) ditanggung Bank Negara Malaysia,” katanya.

“Tanpa melihat pencapaian dan rekod semua bantuan, bagaimana kita dapat nilai Najibnomic ini merupakan sesuatu yang perlu diterima semua pihak termasuk dunia,” tambah Izzah.

8 ulasan :

  1. Ha ha ha... Nurul izzah buat Lupa ke terlupa... 1997 bapa dia yang jadikan Malaysia bangkrap buat Lupa plak...

    BalasPadam
  2. Meh kita guna akal yang sihat.

    1. Negeri negeri yang di perintah oleh PR hancur. Apa cerita.

    2. Belanjawan banyangan PR telah di keluarkan. Pakar pakar ada menyatakan Belanjawan Father Krismas dan lain lain. Yang lebih cepat buat negara bangkrap.

    Ok. BN telah memerintah 55 tahun. Walaupun Najib PM tetapi struktur berjaya 55 tahun ada di belakang BN. Contoh Mahathir masih aktif lagi menjadi penasihat.

    Adakah kita nak pilih PR yang tunggang langgang, samseng, jahat, tiada adab termasuk Nurul untuk mengepalai kita? Ibarat orang masuk gua harta karun lah mereka.

    Lima tahun boleh menjahanamkan Malaysia dan buat kita terkebelakang 30 tahun kalau binatang binatang ini memerintah.

    Sekarang saja kita malu dengan Indon yang mundur tu kerana masaalah air di Selangor yang tak sepatutnya berlaku selaras dengan kemajuan kita.

    Sekali membohong orang percaya. Sekarang tidak lagi. Tengoklah Kampung Buah Pala Pulau Pinang. Puaka besar kepada si anak puaka ni lah yang berjanji konon 2 minggu mereka akan dapat megekalkan tanah dan rumah mereka.

    Belum pernah janji dalam skala besar pemimpin dalam negara kita mereka mungkir. Anuwar juga yang mula. Air percuma? Satu Selangor kena tipu.

    Jauh kan lah kecelakaan besar dari celaka Puaka besar dan anak puaka ini.



    BalasPadam
  3. ini pmpn sundal

    BalasPadam
  4. Tidak ingat pula Si Izzah ni Tun yg menyelamatkam Malaysia dari krisis ekonomi ketika itu bapanya sebagai Menteri Kewangan. Krisis yang disebabkan oleh penyangak matawang ant antarabangsa. Lupa pula Izzah ni Bapanya berkawan dengan si Soros yahudi tu. Tidak ingat pula Si Izzah ni Tun yg menyelamatkam Malaysia dari krisis ekonomi ketika itu bapanya sebagai Menteri Kewangan. Krisis yang disebabkan oleh penyangak matawang ant antarabangsa. Lupa pula Izzah ni Bapanya berkawan dengan si Soros yahudi tu.

    BalasPadam
  5. jgn pilih Anwar...nanti Malaysia jd negara Yahudi...

    BalasPadam
  6. Jangan dilayan nurul izzah ni..lembah pantai pun dia x terjaga..bajet pakatan haru biru..sesuka hati nak mansuh tol nak kurangkan harga kereta,mansuh ptptn tetapi duit masuk untuk pendapatan negara dia x fikir....

    BalasPadam
  7. Kesian la Nurul Izah ni. dh lebih 50 tahun BN memerintah negara..dalam tempoh tu, lima krisis ekonomi di peringkat rantau atau dunia berlaku (1960an, 1976, 1987, 1997, 2008) yg menariknya, kalau lah BN gagal dalam mengurus ekonomi Malaysia, macam mana Malaysia boleh survive dalam krisis - krisis ekonomi ini? Pelik2..

    BalasPadam
  8. Seteruk-teruk YAB PM sekarang takde le negara sampai jatuh bangkrap.Dia mungkin buat2 lupa angkara bapak dia yg hampir jualkan negara ini. Satu soalan yg wajib dijawap Nurul Izzah ialah 'apa grading utk kertas ekonomi' dia masa belajar dulu. Cakap mcm dia dpt kepujian dlm ekonomi.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online