Seorang wanita beranak enam berusia 36 tahun ditahan bersama pasangannya di dalam sebuah van pekerja yang diletakkan di tempat gelap dan dalam keadaan enjin dimatikan di belakang sebuah stesen minyak di kawasan Taman Selasih Zon Dua, Kulim Kedah, kira-kira jam 9 malam kelmarin.
Ketua Skim Rondaan Sukarela (SRS) Komuniti, Rizal Md Saad berkata, dia bersama anggota polis dan ahli SRS pergi ke tempat kejadian selepas menerima aduan penduduk.
Menurutnya, ketika pemeriksaan, polis mendapati pasangan lelaki yang bekerja sebagai pemandu van berusia 26 tahun dan masih bujang berbaring di kerusi pemandu, manakala pasangannya duduk di kerusi penumpang.
“Selain itu terdapat kesan lebam di leher pasangan perempuan, manakala tudungnya sudah dibuka. Pemeriksaan mendapati kedua-dua bukan mahram.
“Pasangan terbabit memberikan pelbagai alasan elak ditahan dan mereka dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.
Kedua-dua pasangan itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) untuk tindakan lanjut.
Rizal berkata, sehingga hari ini, ramai pasangan kekasih yang menjadikan stesen minyak itu sebagai tempat melakukan perbuatan maksiat.
“Kami tidak akan berkompromi atau menanggung dosa mereka terlibat, sekiranya tidak mengambil tindakan terhadap mana-mana pasangan yang melakukan maksiat di kawasan taman perumahan kami.
“Saya menasihatkan mereka supaya jangan melakukan perbuatan terkutuk itu di sini dan mencemarkan imej penduduk Taman Selasih,” katanya.
Beliau berkata, sekiranya mereka merasakan alam percintaan mereka itu tidak dapat dikawal lagi, beliau menasihatkan mereka agar segera bernikah.
“Dengan cara ini mereka dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar,” katanya.
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Alhamdulillah..saya juga bersetuju pada tajuk penulis iaitu Kedah sejahtera. Usaha mencegah kemungkaran ini telah dibuat secara Istiqomah semenjak pimpinan Pas mengambil tampuk pemerintahan Kedah. Wbp usaha pembersihan ini mungkin akan mengambil masa agak yg panjang sedikit, kerana keruntuhan moral dan kerosakan ahklak masyarakat yg telah agak lama dibiarkan berkarat oleh .....(sendiri pikir)... di Malaysia. Kerajaan Pas kena bersihkan tahi hasil peninggalan oleh ....(sendiri pikir)...
BalasPadamtoksah dok sindir2 la..pas memerintah kelantan dah brp lama?...kes bermcm mcm kes dok ada...hiv pun yg paling bnyk kt malaysia ni..sama saja la...poyo la ngko ni..
BalasPadammau di kedah ataupun kelantan bahkan di selangor pun ade saja maksiat..dalam gua pun akan terjadinya maksiat selagi ada syaitan nirojim..maka puak pas jangan dok kata puak Umno,puak umno x yah dok kata apa kt depa..sebab depa ni x reti bahasa..sebagai seorg islam baik kita doakan kesejahteraan sesama islam..jangan dok ingat nk bagi org KO KO KO saja...aku tak tau la puak ni..depa ni lepas solat x penah baca doa kot..ya Allah..panjangkan lah umur ibu ku panjangkanlah umur bapa ku panjangkanlah umur saudaraku dan panjangkanlah umur seluruh umat islam yang ada..berikan lah hidyah kepada kami..lindungulah kami dari azab kubur..permudahkan lah urusan kami..
BalasPadamaku duduk kat kedah....sebelum pas perintah kedah, alor setar tu tak dak budak yg keluaq malam pakai seksi2. la ni, rumah urut, kelab2 malam yg dihalalkan ahli majlis bandaraya(DAP) semakin banyak. mufti kedah pun dah pernah sekali mengaku kewujudan rumah2 maksiat semenjak pakatan perintah. tak pecaya, mai tgk sendiri kat alor setaq. MB kata itu serah kat ahli majlis PBT. siapa lagi ahli DAP lah
BalasPadam