HOT!!! 2 peragut mati disembelih penduduk kampung..

Posted by MPP On Jumaat, 19 Oktober 2012 5 comments
Sabak Bernam - 2 peragut menerima nasib yang malang mati disembelih selepas berjaya ditangkap oleh beberapa penduduk kampung ketika baru saja selesai meragut di tepi jalan..

Menurut saksi, Hj Abdul Manan Jalil 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan perbuatan kedua-dua peragut berkenaan telah bertindak membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu menyerbu ke arah peragut berkenaan..

Parang tajam tersebut dipercayai mahu digunakan untuk menyembelih leher peragut tersebut namun tindakan lelaki terbabit sempat dihalang oleh jiran beliau..

Kedua-dua peragut berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Ketua Kampung untuk tindakan lanjut.. Setelah pemeriksaan dilakukan, pihak saksi menyatakan bahawa tiada barangan berharga yang ditemui pada kedua-dua peragut..

Ketua kampung yang berang kerana mempunyai pengalaman pahit apabila 'hartanya' diragut oleh salah satu dari peragut berkenaan kemudiannya memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut tersebut..

Setelah kaki kedua-dua mangsa diikat dan ditambat ke sebatang pokok, kedua-dua peragut terbabit disembelih dengan diiringi laungan takbir..

Darah menyembur keluar dari leher kedua-dua peragut terbabit namun orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya mampu melihat dan tak berani menghalang tindakan Ketua Kampung dan anak buahnya..

Maka berakhirlah riwayat kedua-dua kambing tersebut yang selama ini terkenal kerana meragut banyak rumput dan pokok bunga dihalaman rumah penduduk sekitar kampung terbabit..

Daging peragut-peragut itu kemudiannya dibahagi-bahagikan kepada penduduk kampung sempena Hari Raya Korban..

5 comments:

Tanpa Nama berkata...

adesss... jgn bwat lawak lahh ...<mb)

Tanpa Nama berkata...

Hampehhhh tollllaaaaa!!

Tanpa Nama berkata...

arghhhhhhhhhhh terkena aq cessssssssss !

Tanpa Nama berkata...

memula terkejut gak aku, kat Malaysia dah ada ketua kampung ala Taliban! Hampeh.

Tanpa Nama berkata...

Apa bendalah ceqitani! ,confirm kampongni kena musibah.Korang tau apsal Jepun kena tsunami tahun sudah,pasal sorang gadis telah diseksa begitu kejam tanpa pertimbangan dirogol,disula,dibantai berbilai2 & tsunami pon lai....

Catat Ulasan

Media Online

Share

MPP Online