BREAKING NEWS

Bloggers tak diiktiraf di Penang???@NajibRazak

Gua dimaklumkan ada sorang pemimpin Bahagian di Penang ni yang pertikaikan peranan blogger-blogger didunia siber..

Gua tak kisah andainya dia kata blog gua ni tak bagus.., tapi janganlah sampai labelkan semua blogger tak berkesan bantu kerajaan beb..

Kesianlah kat Dr MiM tu yang sampai tak tidur malam asyik fikir nak bogelkan Anwar dan Guan Eng..

Dalam satu kenyataan,  pemimpin bahagian tu kata blogger yang sedia ada tak berkesan dalam membantu kerajaan menangani isu pembangkang khususnya di Penang..

Maksudnya, blogger yang ada sekarang ni tak efektif melawan jentera media Pakatan didalam dunia siber..

Tapi betul ke macam tu beb? Gua sebenarnya malas nak layan pemimpin bahagian yang macam tu.., cuma gua nak highlightkan seperkara je...

Di Penang ni, sapa yang bantu dedahkan perangai putarbelit Anwar contohnya di Kg Buah Pala kalau bukan blogger? Sapa yang bogelkan pembohongan Guan Eng berkenaan isu rakyat dan penindasan peniaga melayu kalau bukan blogger?

Dan sapa yang 24jam hentam Pakatan Laknatullah serta bantu Penerangan Malaysia didalam isu berbangkit yang dimainkan oleh puak-puak Pakatan kalau bukan blogger beb? (Gua tak termasuk ye sebab blog gua ni tak efektif..)

So kalau blogger-blogger yang buat kerja 24jam sehari dan 365 hari setahun ni dikatakan tak berkesan.., gua tak tahulah nak cakap apa..

Mungkin pemimpin bahagian di kubu kuat Anwar tu ada kaedah lebih bagus untuk lawan jentera siber Pakatan.. Dan mungkin jugak dia rasa 'lalat hijau' disekeliling dia tu lebih berkesan lawan puak Pakatan dalam Fesbuk...

Kalau betul jentera dia berkesan, baguslah beb.. Gua nak tengok sejauh mana berkesannya jentera dia buat kerja di PRU13 nanti..

Gua ni sebenarnya tak kisah dan gua rasa tak rugi apapun kalau pemimpin bahagian tu tak iktiraf kerja blogger macam gua..

Rumah marhaen yang gua sewa pun bukan dia yang bayar bulan-bulan.. Minyak kereta gua yang buruk tu pun bukan pemimpin bahagian tu yang isi.. So WTF gua peduli beb..

Kalau Najib yang berjawatan Perdana Menteri pun boleh faham dan iktiraf kerja bloggers serta media baru, besar sangat ke jawatan pemimpin bahagian tu sampai boleh kata blogger berkesan?

Bak kata Aiman..., ada gua kisahhhh?????

Lagi satu.., kat bawah ni ada ranking blogger pro kerajaan yang dikeluarkan oleh Portal SuaraGenerasiBaru.. Cuba check berapa blogger Penang yang ada dalam senarai Top 20 didalam list tu...

p/s: Jangan tengok kedudukan blog MPP sebab blog ni tak efektif didunia siber.. 


6 ulasan :

  1. blog gua langsung xde dalam senarai hahaha

    BalasPadam
  2. haihhhh x faham aku. kenapa kdg2 pemimpin BN suka keluarkan statement bodoh yg merugikan kerajaan BN sendiri. ada motifkah atau mmg x sengaja atau sebab jahil nak mampus! saje nak sabotaj kot? lebih2 lagi PRU-13 semakin hampir. jujur pendapat aku sebagai rakyat yg PRO-BN. kalau tiada bloggers mcm MPP, PAPAGOMO, DR MiM, BLOG MIK, RBF ONLINE, BADUT RAKYAT, GAP dan lain2. Mmg CONFIRM PRU-13 nanti BN tiada harapan untuk menang! semuanya disebabkan oleh fitnah2 jahat yg disebarkan melalui blog2 dan surat khabar pembangkang terhadap kerajaan setiap hari. Berterima kasih dan hargailah bloggers2 PRO-BN kerana mereka merupakan benteng pertahanan majoriti rakyat yg sygkan negara untuk menghadapi percubaan jahat pembangkang untuk menghancurkan negara.

    BalasPadam
  3. jangan makan hatilah,dia x layan blog tu...mundur kebelakang..semua dah tahu bloger pro kerajaan yg paling ganas sekarang ni..lebih hebat dari jabatan penerangan hehehehe

    BalasPadam
  4. blog2 pmbangkang penuh dgn fitnah. mula2 boleh la rakyat kena kelentong sb krg cerdik hadapi taktik jahat camni. tp skrg suma da celik. da tahu kalo undi PR mmg jahanam la ms depan dan negara. PRU-13 confirm BN mng.

    BalasPadam
  5. Pemimpin bahagian tu sendiri tak pernah baca blog kot, tu yg cakap pakai belasah jer..
    Ramai blogger hanya memblog kerana sayangkan negara ini dan kerajaannya, walaupun sentiasa sesat di dunia (tak pernah kena jenguk)(mb)

    BalasPadam
  6. tahniah blog tuan dah jadi no 1.. kalahkan papagomo. gua benci dia sebab dia blogger tak berhemah. gua pihak belah sana tapi gua tetap baca blog pro kerajaan yg tak macam gomo.. member gua blogger ashamsuri tu pro umno wakaka. tapi kwn tetap kawan. http://ashamsuri.blogspot.com/ kalau boleh lu kasi link blog dia kat blog lu. kasi up sikit blog dia. ashamsuri tu skema sikit. wakaka. adios

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online