BREAKING NEWS

Walawehh!!! Ketua Serikandi PKR CABAR Najib...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada sambutan Hari Malaysia di Bintulu, Ahad lalu mengatakan pemimpin-pemimpin Pakatan amat gerun dengan slogan Janji Ditepati yang digunakan oleh BN.

Slogan BN ‘Janji Ditepati’ dilihat sebagai platform ampuh kepada Perdana Menteri untuk menyerang pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara.

Bagaimanapun kenyataan Najib tersebut dibidas oleh Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail yang menyifatkan slogan itu hanya layak untuk dikritik, bukannya ditakuti.

“Slogan tersebut direka untuk memanipulasi rakyat dan bagi menutup penyelewengan Umno selama 50 tahun memerintah, jadi tidak timbul istilah gerun terhadap slogan itu,” kata Aishah.

“Malah, terbukti slogan itu menjadi kritikan setiap golongan tak kira muda dan tua, soalnya janji apa yang ditepati? Janji mana?” soal Aishah ketika dihubungi.

“Najib yang sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri, mengesahkan bahawa slogan itu hanya retorik politik semata-mata.

“Berbeza dengan Pakatan, apa yang kami laungkan bukan hanya untuk pilihan raya saja, tapi sememangnya menitik beratkan soal kebajikan rakyat,” jelasnya.

“Sudah berapa banyak isu yang kita bangkitkan, akhirnya digunapakai dan diubah oleh kerajaan? Ini terbukti apabila pemimpin kerajaan jarang bercakap soal dasar dan hanya perkara remeh temeh, akhirnya mereka akan meniru dasar kita dan ubah kepada ayat lebih baik saja,” jelas Aishah lagi.

“Kepada Perdana Menteri, kalau betul anda rasa dasar kerajaan adalah yang terbaik, apa kata buat saja pilihan raya!,” cabarnya.

“Kenapa terus takut? Kemudian tabur janji di Kelantan sebelum ini, mungkin Najib sedar ini adalah kali terakhir Umno memerintah di Malaysia,” katanya.

13 ulasan :

  1. minah poyo tu cakap takde point. apa yg kjaan x buat untuk Rakyat? sekolah, Masjid, Bank Islam, Tabung Haji, Lebuhraya, Putrajaya, Proton, malah semua perkara untuk kemajuan negara dan kemudahan rakyat di Malaysia ni BN lah yg buat. PAS/PKR/DAP buat apa? Kaunseling pukul 3 pagi, Chinadoll, liwat, ampun kan dosa org berzina? camtu?

    BalasPadam
  2. Siti Aishah Shaik Ismail -kurang ajar dan tak tahu di untung

    BalasPadam
  3. Minah bodoh ni apa yg dia tahu. perintah selangor pun tungang langgang. cakap boleh. apa kelebihan dia. setakat jadi pemimpin fucktan menyondol dia tahu.

    BalasPadam
  4. Ni la dye manusia yg dok bwh kangkang anwar....rsenye mak bapak dye gi haji pn pakai seludup agaknye...naek tongkang sampai ke mekah...bodoh punye orang....ni la dye blajar pun pkai wut kerajaan lg mau mnyalak serupa anjing...nk cabar konon....baek pm wat kje laen dari layan minah barua ni.....

    BalasPadam
  5. si bangang ni ckp ikut sedap mulut jer..
    nk ckp biar dgn fakta bai...
    ko yg ckp dasar jer..
    apa ko buta..? ko duk mana minah senget..?
    aku yg pengundi atas pagar ni pn nmpk apa yg pm da buat tuk rakyat malaysia..
    cuma rakyat malaysia yg xsedar diuntung mcm ko jer yg xnmpk apa yg kerajaan da buat tuk rakyat..
    ko nk samakan pakatan yg pndai becakap jer dgn pm..
    weyyy..ko balik tdo smbungla mimpi bulan bintang pakatan lahanat ko tu..!!

    BalasPadam
  6. hahahaha muka cam haram betina seko nih

    BalasPadam
  7. Minah ni sedang fikir macam mana nak lari dari bayar hutang PTPN.

    BalasPadam
  8. manusia boleh buat silap...

    Apa masalah nye??

    kenapa tak tengok tujuan demo diadakan???

    kan untuk mengutuk kafir laknat yg menghina nabi..

    Kenapa kita nak kutuk sesama islam pulak???

    kepada Abby , bertaubatlah!!! anda dah jauh menyimpang.... inilah akibat terlalu membenci, hinggakan hati tu jadi mati dan jauh dari rahmat dan hidayah allah...

    BalasPadam
  9. BAGITAHU MINAH PKR NI.. JANJI ANWAR IBRAHIM PASAL 16SEPTEMBER..PASAL KOTAK, PASAL WE HAVE THE NUMBERS, PASAL KG BUAH PALA, PASAL ITU INI BLA BLA BLA..BILA NAK TEPATI? JANGAN PULAK BAGI ALASAN MANIFESTO ITU BUKAN JANJI OK?

    BalasPadam
  10. YANG BAGI ULASAN ADALAH MANUSIA AHLAKNYA JAUH LEBIH DARI BINATANG ITU KENYATAANNYA

    BalasPadam
  11. dia ni ada kepentingan, dia nak jadi calon YB sebenarnya, belajar pun tak tinggi...penah jumpa dia ni, tanyala kawan2 dia di Perak, org macam mana si aishah ni....dok lagi ke dia kat Taman Soon Chon tu?

    BalasPadam
  12. Siti Aishah ni patut kena pergi buat rawatan mata...dia tak berapa nampak tuuu apa janji2 yang dah ditepati...he..he..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online