BREAKING NEWS

Pelajar tunjuk punggung sudah DIBEBASKAN... Tahniah Hisham!!!

Kan gua dah kata.., mesti lepas punyalahh.. Malangnya, gua tak sangka cepat sangat budak tu dibebaskan.. Gua sangka dia ditahan 2-3 hari.., rupanya tak sampai pun beb..

Kalau macam ni punya gaya, lepas ni makin ramai lah yang berani 'berak' kat gambar Perdana Menteri.. Dan makin ramai lah yang berani hina pemimpin negara..

Gua pun malas dah nak cakap.., korang baca sendiri je lah berita dibawah ni yee..

Mstar melaporkan.., Pihak Polis hari ini telah membebaskan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta yang ditahan berhubung insiden menunjuk punggung ke atas gambar pemimpin negara pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka, malam Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata pelajar lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kita dah ambil keterangan pelajar terbabit. Tuduh atau tidak terpulang kepada bukti dan undang-undang yang kita ada,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Ku berkata polis kini menjejaki baki 10 lagi individu yang dikaitkan dengan insiden memijak dan membawa bendera ‘baru’ Malaysia supaya tampil ke mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan sama katanya setakat hari ini polis menerima 172 laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu yang membawa bendera ‘baru’ Malaysia, memijak gambar pemimpin dan menunjuk punggung di khalayak ramai berdasarkan Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

5 ulasan :

  1. Ala dulu ada ciaa tu kutuk lagu negara ku,ku..pun lepas mcm tu aje..tiada undang2 keras di kenakan..aku pun tak faham apa yg tersirat dan tersurat. sudahnya melayu juga yg diperbodohkan..


    BalasPadam
  2. Melayu Singapork sudah tenggelam.Malaysia coming soon.

    BalasPadam
  3. Siapa tk kenal si Kerismudin tuh...aku kalau dia bg statement kt TV confirm aku tukar channel lain..yg pelik nye DS Najib pn tk nmpk ke yg kerismudin nie lembik? Parah2..harap2 lps PRU nie dia tukar laa jd Menteri Hal Ehwal Wanita..tuh position yg terbaik buat dia..huhh..

    BalasPadam
  4. Salah tu. Elok bagi dia jawatan ' Menteri tak berpotpolio' atau di kenali jugak sebagai "Menteri yg tak berpelioR"

    BalasPadam
  5. dunia sekarang. x serik btul mereka ni....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online