Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS BAYAR ARTIS: Hairie Othaman 'BELASAH' Zed Zaidi..
Comments : 3
Penceramah Pas dan juga bekas pelakon, Hairie Othman tersinggung bila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan bahawa terdapat artis yang dibayar puluhan ribu ringgit untuk masuk Pas..
Bayaran berkenaan dikatakan adalah sebagai upah untuk artis-artis tersebut mengutuk dan menyebarkan fitnah terhadap kerajaan..
Sambil menafikan kenyataan itu, Hairie menyifatkan Zed seperti ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ apabila kenyataan yang dikeluarkannya itu lebih merupakan gambaran sebenar dirinya dalam Seniman.
Zed Zaidi juga diingatkan agar tidak terikut dengan budaya politik fitnah yang dibawa oleh Umno-BN.
“Dia cakap macam itu sebab dia melihat diri dia sendiri agaknya dan dia fikir semua orang berfikiran sama macam dia.
“Kalau tidak, masakan dia mengakui, artis tidak akan membuat sesuatu dengan percuma,” kata Hairie.
Selain Hairie, kenyataan tersebut juga tidak disenangi beberapa rakan artis lain termasuk golongan artis yang menyertai Umno kerana memberi persepsi buruk terhadap keputusan mereka memilih Umno yang dikenali sebagai sebuah parti memiliki sumber kewangan besar.
Hairie juga berkata, Zed harus bersikap lebih terbuka dan lebih matang terhadap pendirian mana-mana artis untuk menyokong mana-mana parti politik yang disukai mereka.
“Kalau artis atau Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Seniman contohnya hendak menyebelahi Umno, tak apa pula, tetapi bila ada yang sokong pihak lain tak bolehkah?
“Seniman sendiri juga digunakan Umno, tetapi itu pendirian Seniman,” ujarnya lagi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Abby kata tak berhak Zed pertikai rezeki dia (abby)...kita nak tanya Abby pula "kalau rezeki didapati dari cara berbohong dan memfitnah kerajaan adakah rezeki itu halal?" Adakah halal rezeki yang diperolehi dengan jalan yang tidak baik? Kalau begitu sapa-sapa juga tak berhak nak pertikai rezeki dari hasil meragut, merompak, membunuh dan menyamun....kerana menurut Abby mempertikai Allah. Begitukah ustazah Abby? Ustazah Abby, jangan bercakap tentang ikhlas kerana boleh jadi keihklasan itu hanyalah tipuan semata-mata. Ikhlas atau tidak hanya Allah saja yang tahu. Untuk Abby berkata saya ikhlas ianya boleh dipertikainkan oleh sesiapa saja.
BalasPadamAnams-apa yg pas buat smua bohong,umno ja btl..
PadamSalam Tuan Admin,
BalasPadamMohon izin utk pautkan blog saya di sini. Link saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com
Blog tuan telah saya linkkan di blog saya. Terima kasih. Selamat berjuang!! ~ IBM