BREAKING NEWS

Nik Aziz marah CINA pijak gambar Najib...

Gua terharu beb.. Ini first time gua setuju dengan kenyataan Nik Aziz.., tapi taklah sampai gua nak masuk Pas..

Menurut laporan Bernama, Nik Aziz marah kepada individu yang pijak gambar Najib masa himpunan Janji Bersih di malam kemerdekaan hari tu..

Yang bestnya.., Nik Aziz juga percaya bahawa tindakan tu dilakukan oleh orang bukan melayu/islam..

Maknanya.., Nik Aziz yakin orang yang pijak gambar Najib tu adalah orang cina atau India..

Dan Nik Aziz jugak marah dengan tindakan beruk-beruk PKR yang cuba nak tukar bendera negara.. Nik Aziz kata, bendera Malaysia sekarang ni tak ada cacatnya untuk ditukar dengan bendera lain..

So.., gua tak tahulah apa yang membuatkan Nik Aziz cakap macam ni.. Tak tahulah kalau kenyataan sebenar Pok Nik tu diputarbelitkan oleh wartawan..

Mungkin jugak lepas ni ada yang akan kata Pok Nik dibayar oleh APCO untuk sokong Najib, tapi itu semua tak jadi hal beb..

Yang penting, Pok Nik kali ni berani untuk bercakap benar.. Bravo Pok Nik.. I love u lahhh... Hahahahaha....



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalu dan mendukacitakan.

Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap orang Melayu dan Islam yang mengamalkan tata susila yang tinggi sejak sekian lama.

"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.

"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).

"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah," kata Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita pada jamuan Aidilfitri Sinar Harian di Pengkalan Chepa, di sini.

Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.

Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.

Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.

"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau. -Bernama

4 ulasan :

  1. ye ke pok nik ni abis doa dia yg buruk pd orang islam lain camne sori la aku sket pun tak terharu ngn ckp pok nik ni

    BalasPadam
  2. kalau hari ni berani pijak gambar najib tak mustahil akan sampai giliran pm akan datang pun menerima nasib yg sama, tak kira PM tu dari parti mana sekalipun.sebab PM tidak pernah mendapat sokongan 100%dari rakyat,

    BalasPadam
  3. untuk sekian kali aku respect pandangan tok guru.beginilah seharusnya pandangan seorang yang mengangap dirinya "Ulama"

    BalasPadam
  4. Butul tu pok nik, buke melayu hok buat pkojae tu, tapi isle, isle gay. Jugo sahabat sebantal golek pok nik-puak cino DAP. Dulu sapo dio hok sponsor perusuh BERSIH- mengapi-apikan kebencian rakyat pada kerajae? Buat dop ingat pulak tuo nyanyok ni.
    Ini semuo lakone semato-mato, jange lah kamu terpedayo denge maine sete.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online