BREAKING NEWS

LAST WARNING yang terakhir untuk pemijak gambar Najib..

Errrr..., gua ingat Kementerian dalam negeri dah tak wujud dalam pentadbiran Najib.., hari ni bila gua baca paper, baru gua tahu rupanya ada lagi kementerian tu..

Bukannya apa.., selama ni puak-puak Pakatan nampak sangat bermaharajalela dalam negara..

Bukan sekali dua keamanan negara terancam akibat demonstrasi jalanan puak-puak lahanat tu semua, tapi dah banyak kali sejak tahun 2008..

Yang peliknya, pihak KDN nampak macam takut pada puak-puak Pakatan tu semua.. Apa saja yang dorang buat, seolah-olah dihalalkan kerana tak ada tindakan tegas diambil oleh kementerian..

Kalau ada pun, Pak Menteri di situ cuma setakat bagi LAST WARNING je lah...

Gua pun tak tahu kenapa Kementerian yang dipertanggungjawabkan untuk jaga keselamatan dalam negeri tu "sayang" sangat pada geng Anwar..

Susah sangat ke nak bertegas kepada puak-puak Bersih tu semua bila dorang cuba untuk huru harakan negara?

Kalau tak ada demonstrasi haram.., tak adalah kekacauan.. Bila tak ada kekacauan dibenarkan.., takkan ada orang gila yang boleh pijak dan bakar gambar pemimpin utama negara beb...

Dalam senario macam ni, gua teringat satu pepatah orang bijak pandai.. " Hanya orang bodoh saja tak tahu guna kuasa yang ada pada mereka.."

So.., gua tak kata sesapa pun bodoh disini.., cuma sapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya beb... Peace!!!


PENGKALAN CHEPA - Tindakan segelintir pihak memijak gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor satu tindakan melampau bagi menyemai bibit kebencian terhadap pemimpin negara, kata Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Justeru, Menteri Dalam Negeri berkata, polis akan menyiasat perkara itu dan seterusnya menyerahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Politik kebencian itu satu perkara yang cukup merbahaya dalam masyarakat majmuk berbilang kaum dan agama," kata beliau yang juga Naib Presiden Umno selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

2 ulasan :

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online