BREAKING NEWS

Hanya Pas boleh bawa ke jalan benar.. ~ Bob Lokman

Rakyat di negara ini memilih perjuangan PAS memandangkan hanya parti itu harapan untuk rakyat di negara ini berlindung.

Artis terkenal, Bob Lokman berkata sama ada golongan artis, para cendikiawan termasuk dirinya memilih parti itu kerana hanya PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam.

“Malah ianya (PAS) kemuncak pada perjuangan Islam di negara kita. Hanya parti ini yang boleh diharapkan untuk kita berlindung serta membawa kita ke jalan yang benar,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jalinan Aidilfitri anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di Dataran Ilmu, Cabang Empat Gunong, di sini, baru-baru ini.

Bob Lokman adalah antara artis yang awal menyertai PAS. Ketika itu, para artis menganggap PAS akan menyekat segala kegiatan artis.

Namun Bob Lokman buktikan, terdapat tempat yang baik di dalam PAS iaitu melalui pendekatan yang dibenarkan Islam.

Selepas itu, berbondong-bondong golongan itu menyertai PAS.

Menurut Bob lagi, setiap hari ada bisikan menyusuk ke telinganya supaya kembali pada zaman kegemilangannya sebagai seorang artis sama ada sebagai penulis lirik atau seumpamanya.

Menurutnya, namun seboleh mungkin beliau menolak kerana tidak mahu lagi terpalit dengan dunia berkenaan.

“Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu.


p/s: Hanya Pas je yang boleh bawa ke jalan benar? Agak-agaklah nak bohong pun Bob oiii.. Ke jalan benar apa..., jalan mati tu ada laaa.. Hahahaha..

4 ulasan :

  1. masyallah..
    pas lebih tinggi dr ilmu agama..

    patut kata "hanya dengan mendalami ilmu dapat kembali ke jalan benar..."

    BalasPadam
  2. lumayan lagi berceramah atas pentas pas tu bob!
    kalu tulis lagu, satu dua buah sj yg sedap. itupun berbulan/bertahun baru dpt lonjak satu lagu! kalu berceramah, satu malam 1,500-3,000. sebulan? whoa!! kaya la lu!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. “Siapa tidak mahu sebuah lirik lagu sampai berbelas ribu, ada peminat, tetapi demi Islam saya akan tetap bersama PAS," tegas beliau di majlis itu..

    ---------------------------------------------

    sebab kat pentas ceramah PAS Bob Lokman lg masyuk sampai berpuluh ribu...tu yg blh keluar kereta Alphard...tak termasuk lg jd duta iklan Kopi Cap Orang Kuat kan...hehehehehe.....

    BalasPadam
  4. Assalam Bro

    Yang bisik kat telinga dia tu kawan dia juga yang bernama syaitan kawan Nik Aziz... Kalau nak bohong pun agak-agaklah...


    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online