BREAKING NEWS

Editor Perancis hina Nabi dah kena PANCUNG..

Polis Perancis menangkap seorang lelaki yang mengaku sudah membunuh seorang editor surat khabar Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad SAW. Lelaki itu ditahan setelah ia memberitahu telah membunuh editor tersebut di salah satu laman web jihad.

Keterangan tersebut di berikan salah satu sumber Mahkamah Perancis. Dalam laman jihad tersebut, lelaki itu mengaku sudah membunuh dan memenggal kepala editor yang bertanggung jawab atas terbitnya kartun Rasulullah SAW tanpa pakaian.

"Editor tersebut tidak boleh dibiarkan hidup dalam damai," kata si lelaki yang tidak disebutkan namanya, seperti dinukil Alarabiya.net.

Polis menahan lelaki tersebut di sebelah barat Bandar La Rochelle. Polis saat ini sedang membuka siasatan awal atas tuduhan pembunuhan tersebut.

Para pemimpin Islam di Perancis, Jumaat (21/9) lepas menggesa agar tidak melakukan kekerasan terhadap protes yang dilakukan kerana penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri Perancis, Manuel Valls menegaskan, akan memberikan hukuman kepada para penunjuk perasaan yang mengadakan demo menentang terbitnya kartun Nabi. Manuel Valls beralasan, demonstrasi akan mengganggu ketenteraman awam.

Terbitnya kartun Nabi Muhammad SAW menambah kemarahan umat Islam dunia, berikutan pengedaran filem 'Innocence of Muslims' yang menghina Rasulullah SAW. Demonstrasi umat Islam Perancis di Pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Paris.

Meski Pemerintah Perancis melarang demonstrasi, umat Islam Perancis merancang untuk melakukan protes besar-besaran


Sumber : Alarabiya.net

2 ulasan :

  1. Apa nak jadi kat orang Islam sekarang ni...

    Di manakah prinsip keadilan dalam Islam...
    Wajar kah beliau di bunuh begitu sahaja... Adakah nyawa editor itu diambil secara hak dalam Islam.

    Sudahkah siasatan di buat ... sudahkah diputuskan dengan adil beliau bersalah...

    Yang memancung tu harap bersedialah untuk menjawap di akhirat esok...

    BalasPadam
  2. Sokong tanpa nama...sapa anda utk menjatuhkan hukuman sebegitu rupa...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online