BREAKING NEWS

BRAVO!!! Jawapan mudah Ulamak Umno kepada Dr Maza..

Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka.

Namun begitu, Ulamak muda Umno berharap Dr Asri dapat dahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.

“Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”

“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya.

Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.

Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

5 ulasan :

  1. Betul betul macam ulamak cari makan..eh..boleh pulak suruh orang lain yang bercakap dengan pemimpin umno, atas alasan maza lebih akrab... knapa?..ada akai sendiri pikiaq...

    BalasPadam
  2. Dr Maza ni kadang-kadang aku pun tak faham...cakap tu nak tunjuk lah yang dia tu neutral dan intelek...tapi kadang-kadang tu macam nak menunjuk saja kononnya dialah intelektual yang amat hebat...tapi banyak pandangannya dipersoal oleh pelbagai golongan lain...ada orang kata dia ni wahabi..betulkah?...elok dia teguq dulu para-para penjual ayat-ayat Allah yang sanggup meludah muka, memfitnah sesama Islam tetapi pemuja kaum seperti Nabi Luth dan pelanggan pelacor...

    BalasPadam
  3. Tanpa nama 8 Sept - Hati tuan sangat busuk...banyak sangat mazmumah dari mahmudah...suka benar gelar orang lain yg mungkin di sisi Allah jauh lebih mulia dari tuan. Apa salahnya saling menasihati dgn baik tanpa caci maki..ulamak cari makan lah...apa-apa lagi lah...

    BalasPadam
  4. betoi2 sy setuju. kita jgnlah kata mgata krn
    1. kalau benda tu betoi pun - mengata
    2. kalau benda x betoi - mnfitnah

    BalasPadam
  5. Dr MAZA antara ulamak Msia yg terbaik dari segi intelektual, education, wpun tinggi ilmu ugama tapi lulusan Oxford yg bukan calang2 manusia yg mampu jejak kaki ke situ. Bertaraf Profesor Madya Dr, yg memerlukan assigments, kajian itu ini, sudah tentu beliau seorang yg berfikir 10kali sebelum meluahkan pandangan. Berani kerana benar.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online