BREAKING NEWS

Baru je bercerai.., dah kena tangkap khalwat..

Seorang wanita yang menyangka dirinya telah sah diceraikan oleh suaminya kira-kira tiga bulan lalu dicekup berkhalwat dengan seorang lelaki di sebuah rumah di Taman Seri Impian, dekat sini, malam kelmarin.

Pasangan terbabit dicekup Bahagian Penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) daerah Kluang kira-kira jam 5 pagi selepas menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat pasangan terbabit.

Pegawai Tadbir Tadbir JAJ daerah Kluang, Mohd Khalil Md Noor berkata, selepas 10 minit pintu rumah diketuk, wanita berusia 27 tahun itu membuka pintu dalam keadaan baru bangun tidur dan kelihatan bersamanya seorang lelaki berusia 26 tahun.

Menurutnya, pemeriksaan dijalankan mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai ikatan perkahwinan, manakala wanita yang mengaku dari Sabah itu mendakwa dirinya telah diceraikan kira-kira tiga bulan lalu.

“Namun, setelah semua dokumen tentang perceraian diperiksa, mendapati wanita tersebut masih dalam proses perceraian dan ianya belum diputuskan oleh Mahkamah Syariah lagi,” katanya.

Mohd Khalil berkata, pasangan tersebut juga mengaku sebagai saudara sepupu.

“Walau bagaimanapun mereka tetap didakwa berkhalwat dan akan disiasat di bawah Seksyen 27(1) a&b Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 yang boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.


p/s: Patutlah kena cerai.., buas rupanya pompuan nih...

3 ulasan :

  1. yg nie ostat Badrol tak mau ke buat sesi kaunseling dlm bilik hotel jam 3 pg...kalau tak pon Abg Mat Sabu buat kat dlm bilik 121..??hehehehe...

    BalasPadam
  2. ketagih abang oi!...,betul tak? tepok dada tanya selera.

    BalasPadam
  3. Pegawai ni gemar mangaibkan orang... (mb)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online