BREAKING NEWS

Bapa budak bontot rayu peluang belajar untuk anaknya..

Gua tak nafikan, ini adalah naluri biasa seorang bapa untuk tengok kejayaan anaknya.. Dan sebagai manusia biasa, gua memang cukup simpati dengan bapa si Ammar tu beb..

Tapi, perlakuan biadap budak tu yang menghina Perdana Menteri tak juga boleh dimaafkan macam tu je.. Budak tu perlu dikenakan tindakan supaya kejadian ni tak berulang dan jadi ikutan pada remaja yang lain..

Gua cuba berfikiran rasional disini.., sebagai contoh, cuba bayangkan kalau seorang perogol dilepaskan hanya dengan permohonan maaf dari pihak keluarganya.., apa akan jadi pada sistem keadilan dan juga kepercayaan rakyat kepada undang-undang dalam negara?

Kita semua kena sedar.., sebenarnya undang-undang dicipta untuk mendisplinkan rakyat.. Undang-undang juga dicipta untuk mencegah masyarakat dari melakukan tindakan yang boleh menyusahkan orang lain dan juga menimbulkan kekacauan dalam negara..

Kalau undang-undang boleh kita ketepikan hanya berdasarkan simpati.., ni semua akan menyebabkan ramai lagi pesalah-pesalah yang melampaui batas akal akan bertindak sesuka hati dimasa depan..

So.., antara kesian dan displin.., gua pilih displin beb.. Cara kasih sayang dan berlembut bukan selalu sesuai untuk dipraktikkan kepada generasi degil yang tak mahu berfikir.. Adakalanya kita perlu tegas untuk mengawal generasi liar macam Ammar tu..

Pepatah melayu ada berkata.., "sayangkan anak, tangan-tangankan.." Dan allahyarham P.Ramlee pun dah tunjuk pasal isu displinkan anak dalam filem Anakku Sazali dulu..

Sepatutnya, bapa si Ammar tu redha dan terima segala hukuman yang dikenakan terhadap anaknya.. Beliau kena sedar, bukan anak dia seorang yang pernah dikenakan tindakan terhadap kesalahan yang dilakukan..

Kalau si bapa asyik nak minta simpati supaya anak dia dilepaskan.., cuba kira berapa banyak pesalah juvana yang harus dilepaskan hanya kerana alasan masih muda dan masa depan?

Lain kali.., beringat sebelum kena..., berfikir sebelum bertindak.. Jangan tunggu nasi jadi bubur, baru nak meroyan mintak simpati suruh semua pihak maafkan perbuatan biadap tu beb..

Sebenarnya ada perkara yang gua tahu pasal sikap budak tunjuk bontot tu semasa siasatan yang gua tak boleh dedahkan disini..

Cukuplah gua kata budak tu memang patut dikenakan hukuman untuk mengajar dia supaya boleh jadi manusia yang tahu erti hormat pada orang lain!



Bapa kepada pelajar kolej swasta Muhammad Ammar A Rahman, 19, yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa malam ambang Merdeka baru-baru ini merayu peluang kedua kepada anaknya.

A Rahman Abdullah, 53, memohon anaknya itu dibenar melanjutkan pengajian di mana-mana insitusi pengajian tinggi negara ini demi masa depan anaknya yang masih muda.

"Saya mohon, untuk masa depan anak saya, berilah peluang kedua kepadanya termasuk untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana selepas ini. Kemungkinan ini kesilapan yang tidak disengajakan dan saya harap dia belajar daripada kesilapannya.

"Saya dengan rendah diri, jujur serta ikhlas memohon maaf bagi pihak anak saya kepada Perdana Menteri, isteri dan seluruh rakyat Malaysia," kata A Rahman di Taman Murni, di sini hari ini.

Muhammad Ammar, pelajar Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics ditahan bagi membantu polis berhubung kejadian itu di Perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka malam 30 Ogos lalu.

Dia bagaimanapun dilepaskan dengan jaminan polis pada 10 malam semalam setelah polis selesai merekod keterangannya dan pelajar itu kemudian dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di sini.

A Rahman berkata, sejak pulang dari Bukit Aman anak bongsunya itu hanya berkurung dalam bilik dan enggan bercakap dengan sesiapa.

"Kami bimbang akan keadaannya yang enggan bercakap dan hanya memerap dalam bilik," katanya.

Ibu kepada pelajar berkenaan pula, Rahilla Ahmad, 53, turut berasa sedih dengan kejadian tersebut dan mengharapkan masyarakat tidak terus menghukum anaknya itu.

"Saya pun tidak tahu nak cakap apa...sedih...baik buruk pun dia anak saya, kami sekeluarga perlu terima dia dan apa yang sudah dia lakukan.

"Saya cuma berharap masyarakat tidak terus menghukum kami sekeluarga dan berilah kemaafan dan peluang kedua untuk dia yang masih mentah dan tidak memikirkan implikasi tindakannya," katanya. — Bernama

6 ulasan :

  1. bro!!!lu kasi tau kes rogol ja...
    kalau kes 39b(a) bleh mohon maaf ok ker tak???
    kalau kes 302 kanun keseksaan bleh mohon maaf ker tak???

    kalau mohon maaf ja baik buang seksyen undang2...senang gua turun padang...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. Bontot kasi anwar lg baik

    BalasPadam
  3. pak syeikh ANUwar...amek ler budak nih jd pembantu 'special' anda! budak ni dh berkorban utk anda, bile lg nk korbankan budak jambu ni wakaka...

    BalasPadam
  4. Kenakan apa saja tindakan yang patut supaya jadi pengajaran kepada semua.

    hari tuh bukan main riang kau beraksi menyangkong, memerot atas gambar muka pemimpin negara...depan khalayak ramai pulak tu !!

    muka tak tau malu,..haah ! sekarang padan muka kau !!

    BalasPadam
  5. cuba gambar bapak kau org bontotkan..marah tak? mcm tu jugak keluarga pm..kdg kdg kita ingat kita dah cukup betul..rupanye bengong..polis kena tegas..mcm tun dr mahathir ckp..masa dia berkuasa ada sapa berani pijak gambar dia..

    BalasPadam
  6. Jgn lupa hukum org yang hina gambar Nabi Muhammad SAW.. jgn bias....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online