BREAKING NEWS

Abby masuk PAS "bermodalkan" muka dan body... - Dr Maza

Dr Asri dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini telah membidas Pas didalam isu bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti tersebut baru-baru ini.

Bekas Mufti Perlis tersebut mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan pendidikan yang selayaknya.

“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’.., kata beliau.

“Mereka mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur.

"Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya.

“Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan.

"Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik.

"Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.." katanya lagi.

3 ulasan :

  1. Berani ke kaborkan dan nasihat Nik Aziz tentang hal ini kerana Nik Aziz adalah Mursyidul Am PAS, tentu ler puak2 ni dah rujuk Tuan Guru ma!

    BalasPadam
  2. Tak ada apa yang luarbiasanya...memang dah menjadi trend sesiapa saja yang masuk Pas, lagaknya seolah-olah dah confirm masuk syurga.

    Isi jer borang Pas terasa diri semacam lebih warak,.......bullshit !!

    BalasPadam
  3. Apsal Abby saja. Apa cite Anwar bagi tazkirah? Meloya tekak aku. Oeliwat menyundal bagi tazkirah. Dunia sudah terbongkang

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online