BREAKING NEWS

Nizar tuduh Mahathir kelirukan umat Islam..

Kenyataan berkias bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "lebih baik (memilih) syaitan yang anda kenali dari malaikat yang anda tidak kenal", boleh mengelirukan umat Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kenyataan Mahathir itu juga bertentangan dengan akidah Islam yang mewajibkan setiap muslim percaya dan beriman kepada malaikat seperti termaktub dalam rukun iman, sedang syaitan pula katanya, adalah musuh yang nyata bagi orang Islam.

"Berpegang kepada akidah Islam, kita kena percaya kepada malaikat, dan syaitan itu musuh kita.

"Kenyataan (Mahathir) itu agak mengelirukan. Kalau suruh pilih syaitan, itu tidak boleh," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata demikian ketika diminta mengulas tulisan terbaru Mahathir dalam blognya chedet.cc semalam.

Dalam entri terbarunya itu, Mahathir berkata lebih baik mengundi “syaitan yang dikenali dari malaikat yang anda tidak kenal”.

Katanya, Barisan Nasional (BN) telah terbukti mendengar keluhan rakyat dan banyak perubahan telah dibuat berbanding Pakatan Rakyat yang menjanjikan banyak perubahan tetapi tiada jaminan bahawa janji tersebut akan ditunaikan.

Mahathir juga berkata tindakan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat membentuk kerajaan selama lima tahun boleh mewujudkan kucar-kacir dan memusnahkan negara.

Membidas kenyataan itu, Nizar yang juga Timbalan Ketua Penerangan PAS Pusat berkata, rekod 54 tahun pemerintahan BN sememangnya telah meletakkan Malaysia dalam keadaan kucar-kacir termasuk soal perundangan, ekonomi dan juga politik.

"Saya tak tahu dia (Mahathir) rujuk syaitan dan malaikat itu kepada siapa. Tapi sepertinya Syaitan itu dirujuk kepada Umno BN. Seperti mengatakan Umno itu syaitan.

"Yang penting kita tak boleh pilih syaitan, kita kena percayakan malaikat," katanya


p/s: Bila Nik Aziz kata boleh kawan dengan setan, tak pulak bersuara Nizar gila nih.. Mangkuk hayun betull!!!

6 ulasan :

  1. Bukan Tun Mahathir yg kelirukan umat Islam..dia pakai bahasa berkias (Bahasa Melayu takkan tak faham)..andalah yg sebenarnya cuba mengelirukan umat Islam..spin lah ni..

    BalasPadam
  2. Lebih baik main meriam buluh dari pegang lilin Cina mampuih!!!.....Melayu Perak semua dah tolak Mat Nizar lilin kecuali penyokong Pas tegar yang dari lantai sampai bumbung warna hijau. Takbirr !!

    BalasPadam
  3. ya allah bodohnya dorang ni, kalau macam tu kenapa tak band ayat PERUMPAAN tu dari digunakan dalam malaysia,

    anak di rumah di biarkan kelaparan kera dihutan disusukan.

    aku cabar pakatan suruh saman umat manusia sebab biarkan anak dekat rumah tak disusukan tapi sibuk bagi kera susu

    pak samad tolong lah jangan biar ahli bodoh ni memalukan wei PAKAR BAHASA JANGAN LAH MEMBANGSATKAN PENDIRIAN KO KERANA POLITIK

    BalasPadam
  4. Peribahasa: Melentur buluh biarlah dari rebung. Ada sape2 yg pernah lentur buluh dari rebung? Patah wei. Itukan perumpamaan. Bahasanya bahasa berkias. Kalau tak faham peribahasa tolong tanya Karam Singh Walia. Dia lebih faham dari Melayu yang memang tak faham-faham.

    BalasPadam
  5. Spesis2 macam mamat giler lambai ini dan mereka2 yg sewaktu dgnya sudah harus direjam sperti kanak2 Palestina merejam askar2 Yahudi Zionist demi membela agama, bngsa dan negara. Si Mamat Giler Lambai sudah harus direjam, kecik2 tak mampos, dah tuak menyushakan diri, keluarga dan saudara mara. hidup pun sia2 sja, menjadi keparat dan bngsat. Sudah harus pun beliau pi ikut contoh TBH dan pi terjun dari tingkat 10, itu yg terbaik buat keparat2 dan bngsat2 seperti Mamat Giler Lambai ini dan spesis2 yg sewaktu dgnya.

    BalasPadam
  6. abes statement "lebih baik minum arak dgn DAP drp dok minum teh dgn UMNO" Nizar xnak komen aper2? badigol soot punyer org.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online